Toyol Si Gendut Pencuri Coli


Saya pegang senapang kayu saya erat-erat. Saya jalan pelan-pelan mendekati pondok buruk atuk. Pondok itu selalu atuk guna untuk berehat setelah penat bercucuk tanam.

Dari kejauhan, saya dengar orang sedang sebut perkataan 'aku akan kaya' berulang kali.

Dekat pondok itu, ada dinding yang berlubang. Saya usha dekat dinding yang berlubang itu. Walaupun lubang itu ngam-ngam untuk saya masukan kepala, tapi saya hanya menggunakan teknik mengintai dari tirai kamar.

"Hai sedara, tak kan mengintai je? Tak nak borak sama?" ajak sedara berbaju hijau dan perut gendut.

"Boleh ke?" tanya saya.

"Sebenarnya tak boleh, tapi nanti sedara buat mulut bahawa jutawan ni sombong. Adalah elok di mana saya ajak sedara borak. Jadi persepsi pada Persatuan Jutawan Berpedoman Sedunia tak malu nanti"

"Bagus-bagus. Kenapa awak curi coli ni? Banyak yang merah-merah pula tu" tanya saya ragu.

"Haaa... ini coli daripada butik. Mahal ni. Kain dia elok. Cuba rasa," pelawa abang itu.

"Waaa... lembut dan wangi," saya terasa di awangan.

"Emmm. Ini semua saya akan jual pada Puteri Kayangan dan Puteri Bunian. Mereka dah mula pakai coli dah sekarang," jelas abang gendut itu.

"Dulu tak pakai?"

"Takkk. Ada pasukan R&D Alam Bunian kata yang pakai coli ni mampu membuat mereka lebih menawan. Perghh la kalau anak muda cakap"

"Oooo..."

"Okaylah sedara. Sudah nak Maghrib ni. Adalah elok jika sedara balik ke rumah"

***

"Ketika itu, Abang berumur lima tahun. Lepas Abang kabor dekat mak Abang, barulah Abang tahu itu toyol. Kecik. Kepala botak. Telinga panjang dan perut gendut," gua jelaskan pada bini gua.

Isteri zaman sekarang kena cerita yang mistik-mistik sikit. Baru menggelabah semacam. Ada ke nak beli lagi coli. Berlambak dah gua rasa dalam almari dia tu.

"Jadi, Ayang nak beli lagi coli di butik? Tak risau nanti terserempak dengan toyol nanti?" gua seakan ugut.

"Errr... lain kali la Ayang beli. Rasanya banyak lagi bra Ayang tu," bini gua mula gelisah.

Bini gua tak jadi masuk butik coli. Terus dia jalan menuju ke kedai roti. Gua jalan ikut bini gua, sambil dukung Ica yang tertidur.

"Skandal gua dulu pun pakai coli bundle. Jimat pe. Kah Kah Kah," getus gua dalam hati.




24 ulasan:

Linda Jae berkata...

ada ke coli bundle???hehe...

hamzah ian berkata...

kotor babi coli bundle. kulat la tetek

Amir Syahir berkata...

hanya orang bertuah je dapat.

Puteri Iqa Izyan berkata...

haha.gilo komen hamham.

coli murah tak best.hahahaha

Nisa_Hardzir berkata...

tang mane lark ade jual coli bundle??
yg paling murah jmpe pon kat jusco brand scarlet...hahhaha

Unknown berkata...

narak ko coli pon bndle jgk..ahaha.

A.s.t.i.n.a berkata...

wehh anda,,, coli untuk isteri pun nak berkira ker....

Morale: sian skandel si suami nehh...

Cikgu Jaja™ berkata...

hahaha~ kedekut!

bantalijau berkata...

coli tu adalah aset juga~

Nurul Harun berkata...

hiroooooooooooo....

Nurul Harun berkata...

**nangis smpi banjir**

(tetiba)

Nurul Harun berkata...

hehehehe..

Farah berkata...

haha..seram jugak gua dengar..terus tak mahu pakai coli..keh keh... :D

FIFIEY LYCHEE MARATION berkata...

tak habis2 isu ni. hahahha.. haishhh.

me is aku berkata...

hahaha.

Brader Chacha berkata...

hiro dan coli memang tak dapat di pisahkan..gua cadangkan lu try pekena pakai sekali..tengok macam mana

Amir Syahir berkata...

cilakak ca.

Mashe berkata...

mn aa bundle! hahaha~

secantikmanis berkata...

kenapa dengan toyol dan bra ni
hahhaha lawak tul la

Cik Nurul Idayu berkata...

hahahah,coli bundle ta boleh blah ar!!

Tanpa Nama berkata...

hiro tauke coli bankrup baca entri nie. hehe.

dyba gula-gula berkata...

haha...gile!

Hidayati Farhan berkata...

coli bundle bole kena kurap tahu. kedekut sgguh bapak ica ye

Tanpa Nama berkata...

haha,coli bundle. sengal