Cinta Klorok



Hai Pa... Sihat sejahtera?

Pa, Ma tulis surat ni untuk Pa tahu. Ma sangat-sangat cintakan Pa. Sangat-sangat Pa. Sangat. Kalau ada bahasa boleh ganti sangat tu. Ma nak Pa tahu bahasa Melayu Ma tak pernah dapat A. Hehe.

Pa ingat masa kita mula kenal dulu? Pa tak cukup duit nak bayar tambang bas kan? Ma bayarkan Pa. Lepas tu Pa nak belanja Ma minggu depan.

Ma terkejut Pa terus lafazkan kata cinta pada Ma. Ma terharu sangat. Pa memang dah lama sayangkan Ma. Emmm... Ma pun sayangkan Pa.

Lepas bercinta, Pa jadi lain macam. Pa selalu nak raba Ma. Pa selalu main tempat orang dah nikah main. Nakal betei Pa. Ma selalu jadi mangsa pelepas nafsu Pa. Kenapa Pa? Kenapa? Pa terlalu layan porno ke apa?

Kenapa Pa tak belajar bersungguh? Janji nak kawen dengan Ma. Bila dah macam ni, kenapa Pa lari meninggalkan Ma? Kenapa?

Hancur musnah masa depan Ma. Pa janji nak sehidup semati. Ada sekandang lembu sama seekor tenuk. Nak beli kereta sorong buat main dekat taman. Bina keluarga bahagia, ada anak lapan orang masa kita dalam hotel murah. Mana semua janji tu, mana?

Okaylah. Ma nak sambung lap lantai guna klorok ni. Ada ke patut warden sekolah ni guna lantai. Pesen tak belajar Kemahiran Hidup rupanya.

Kalau Pa baca ni, jenguk la Ma dekat sini. Sejak Ma masuk sini. Pa tak pernah datang lawat. Mak Pa je datang sini sebab mak Pa tu warden sini. Ehhh, mak Pa tak belajar Kemahiran Hidup? Hehe. Gurau je. Ma sayang mak mertua Ma.


Kecewanya Ma... kecewa!!!


Faten Syafinie, 15

Sekolah Hamil, Melaka.
4.20 petang.
23/4/2011.

___________________________________

Gua:

Suspen betei surat adik Faten ni. Berdebor gua baca walaupun gua taip. Kah Kah Kah!

Bertunang bukanlah tiket boleh main goyang-goyang katil dalam hotel murah apatah lagi bercinta ye dak?

Masa nak main goyang-goyang tu tak ingat ibu bapa? Cuba bayangkan masa tengah main goyang-goyang tu, ibu bapa lu eksiden? Insaf tak? Oh lupa, itu dara lu punya. Ikut suka lu la kan? Alasan boleh di terima.

Lagi satu, cuba kita bayangkan kita di tempat budak kena alami mengandung bawah umur tu. Kesian kan. Muda-muda dah mengandung. Tak sempat nak kenal apa itu erti dunia, nak baca blog akal tunjang, masuk kontes pencarian perempuan kiut. Tengok cerita korea bersama rakan.

Sabarlah ya awak. Semoga awak diringankan ujian-Nya. Dah jadi, nak buat macam mana. Tapi kalau dah keluar sekolah tu buat lagi, memang mintak penendang.

Pakwe dia buat dekat dia sampai mengandung pun, dia masih sayang dan cinta pakwe dia. Tak nampakkah wahai jejaka berpedang? Walau lu ada peluang nak menikam dia guna pedang lu sekali pun, fikir lah sejenak... lu bakal ada anak juga nanti. Ingat tu.


Adehh. Gua pulak insaf. Keh keh Keh.




45 ulasan:

Amalina berkata...

entri kau memang btol-btol menggunakan akal tunjang.baguih.

Wahida Nasution Thakhrim berkata...

yea, mamat tu akan ada anak juga nanti.. apa reaksi dia kalau anak dia juga akan buat perkara yang sama..

eqacashperlala berkata...

terbaik lah hiro
gua suka 8juta kali!

- elina - berkata...

tq hiro .

gua insaf ni .

betol .

yuyu lar berkata...

i like!!

yokoYOKO :) berkata...

terbaekk ah lu :)

melle amir berkata...

"Tak sempat nak kenal apa itu erti dunia, nak baca blog akal tunjang, masuk kontes pencarian perempuan kiut. Tengok cerita korea bersama rakan."

sangat realiti

khairunnisa ♥ berkata...

Kemahiran Hidup dulu belajar urus rumah tangga di samping tukul paku kat kayu boleh buat rak buku, kerusi, meja ^_^

Moga ramai mahirkan diri dengan hidup. Like this entri ^_~

Liyana Aziz berkata...

nak like millions time.. boleh?

| Larasephia | berkata...

good.

http://segalanyatentangkebenaran.blogspot.com/2011/04/fuvk.html

hanaahmad berkata...

menusuk bro. kdg2 perempuan ni lembik sgt, syg punya pasal smpai sggp ikut boipren. last2 bf die lari bawak pedang pi tusuk aweks lain plak. jahanam!

Lelaki Ini berkata...

love this entry.
msg jelas.
demm.
kalau la semua org boleh fhm benda ni dgn sendirinya. huu

athirahzaki berkata...

ok abang hiro.
saye dengar nasihat abang
lepas ni tak buat dah

Johan "Champ" Radzi berkata...

Aipp, aku baru nak try.

...
...
...
...
...

Okay satu gurauan yg teruk. keh keh!

MATAHARI berkata...

▓▓▓██░░░░░░░░░░░░░░░░░█▓▓▓▓ ▓██░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░█▓▓▓ ██░░░░░░░░░░░░░░█░█░█░░░█▓▓ █░░░░░░░░░░░░░░░█░█░█░░░░█▓ █░████░░██████░░█░█░█░░░░█▓ █░░░░░░░░░░░░░░░█░█░█░░░░█▓ █░░░░░░░░░░░░░░░█░█░█░░░░█▓ █░░░░░█░░░░░░░░░░░░░░░░░░█▓ ██░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░█▓▓ ▓██░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░█▓▓▓ ▓▓▓██░░░░░░░░░░░░░░░░██▓▓▓▓


wow, header cool!

Raihana Izzati berkata...

1. Cantik header

2. Pedang tu apa?

3. Malas nak komen dah. Cenderung utk berckp lucah.

okbai.

(saya masih menunggu fresh orange awak)

intan.maisarah berkata...

:)

berfikir dulu
sebelum nak buat apa apa

Weeda berkata...

insaf2..


budak sekolah sekarang memang pesen nak bercinta je..aku keje kat sekolah ni jadi tukang dengar masalah cinta bebudak ni je..orang suruh belajar taknak..konon takda semangat nak blaja la kalau takda awek..grrr..


sian yang mengandung awal tu..takleh kuar window shopping ngen kawan-kawan masuk-keluar-semua-kedai-tapi-tak-beli-apa2..hee

bujal X berkata...

bersedap2 dahulu.bercelaka2 kemudian~baru keren~~~

Fina Fento berkata...

bila mak bapak terlebih sporting atau takut nak tegur anak sendiri, hasilnya ini lah.

Alyn Jae berkata...

bak kate seorang bos "buat ank tu sedap...nak didik anak tu susah..."

anis aniesa berkata...

nasi dah jadi bubur...saling ingat mengingati yer..=)

JIJI YU berkata...

pa tu ade adik pompuan tak...ce adik die kena cenggitu..agaknye pa meroyan tak

saya gemuk saya comel..^^ berkata...

hahahahahaaaaaaaa..best2..kecik2 da jadik 'pa','ma' ..tu yg jadik mama terus

KHRLHSYM berkata...

kehkehkeh. dalam masa yang sama pukul sekali warden itu. seperti kopi 3 in 1.

siti aida berkata...

semoga benda ni berkurangan dari mase ke semasa. sedih tgk budak pompuan kecik2 lg dah bawak perut...huhu

eiffel berkata...

memahami sungguh abam hiro ni.ini yg sy respek lebih ne.

DuniakuAbstrak berkata...

sarung pedang kemas-kemas jangan tanggal sebelum waktunya..keh3

zarifahmr berkata...

kalau la semua lelaki palahotak macam hiro...

dylli berkata...

jejaka berpedang?
HAHAHAHA..
kenapa tak guna ja GOLONGAN BERHALKUM? :P

Republic Aku berkata...

15 tahun....salah mak bapak dia!

budak ni tersalah dapat mak bapak ,itu jer.

89 tahun goyang cucu umur 10 tahun,memang salah atuk dia!

unieMARKS :) berkata...

huhm . depa skrg pk otak yang tak bertunjangkan akal.

hentakbelipat berkata...

kehkeh..main goyang2 atas buai sudah.maskud aku main buai bukan bergoyang atas buai

^ Uncle Syaf ^ berkata...

n3 lu membuatkan gua insap..



****geng2 pencabol wanita, ingatlah korang!! yg cikaro2 gedikss pun same, jangan gatal sangat nk wat mende2 cam tuh

areleaf berkata...

sombong la abam hiro ni,tak reply komen pembaca...mencik!

ciK fLower meLawEr berkata...

hahahah taw goyang jerp...bangang nyer jantan..hee

saljihitam berkata...

Cuba bayangkan masa tengah main goyang-goyang tu, ibu bapa lu eksiden?


itu tak terasa sangat. cuba kalau tengah main tu mati kat situ jugak.


ha tak pepasal mati katak kauu.

geeds berkata...

notes to adik2 : cari la lelaki yg ade ciri2 mcm abg hiro ni ye. *promote. ngehehe.

i do hope those youngster will read and actually take note of the messages inside here.

Sab Buenoo berkata...

alamak. terlambat aku nak meraikan.

wannurfazrini berkata...

alamak , bye pa , ma nak putus!

hiro berkata...

sedak juga..

okay, gua tak tahu nak komen apa..keh2

erysweetie berkata...

risau anak aku nanti TT

strawberrycincau berkata...

entri nih memang bertunjangkan akal.. keh3.. ade motip.. ada pngajarn.. kena pandai2 pk.. gud entri dude!

alexa yussida berkata...

nais2..mmg spesies pokok keembung berakar' tunjang :)

syafiqakarim berkata...

pompuan ni bengong betul.taksub bila bercinta.sendiri tanggung derita.