Merajuk


"Alaa... mencik arr. Papa! Kenapa lewat?"

"Arghhh! Ni bergambar dengan sapa ni Pa? Rapat semacam je. Nak merajuk!"

"Euwwww..euwww. Lambat angkat kol. Nak merajuk" *masuk dalam kotak*

"Selalu gini. Pergi mana tak kabor. Mencikkk betei! Nak merajuk 21 hari"

"Amboi, kemain wallpost dekat makwe orang. Macam tak ada Fesbuk makwe sendiri. Merajuk arr cenggini!"

Selalu keluar makan dengan member, dengan awek sendiri diabaikan. Merajuk. Merajuk!

"Waaa... kenapa tak mesej ittew. Nak majuk dengan abang!"


Ehemm... *ambil feel*


Lu orang ada awek tak? Mesti kena belajar ilmu memujuk ye dak? Kalau tak, sakit kepala di buatnya. Rasa tak senang duduk pun ada.

Katakan semua dialog di atas boleh di pujuk manja oleh pakwe, tapi kalau dialog ni berulang pada tahun tiga bercinta macam mana? Tapi ini realitinya untuk golongan berdada mantap. Pehhh, asyik guna dada je gua ni. Okay tukar. Golongan tidak punya halkum.

Mula-mula bercinta lu punya pakwe memang 'true' semacam. Terer giler memujuk! Tapi dah lama bercinta, teknik memujuk pakwe lu 'down' semacam. Malah dia tak pandai memujuk terus. Di makan oleh saka atau toyol gamaknya.

Orang kabor 'dia senyap, lu sentap'. Keh Keh Keh.

Tapi, jangan terkejut jika lu orang bagi perempuan kena pujuk diri sendiri. Sebab pakwe lu dah bosan dah. Ye dak?

Contohnya;


"Abang, kata nak pergi kentaki, dah dua minggu janji"

"Abang sibuk"

"Sibuk memanjang! nak merajuk!!!"

"Pergi la. Jalan terus belok kiri sket. Nampak masjid. Merajuk dalam tandas masjid tu ye!"

"Arghhhh! Benciiiiiii!"


Memang la perempuan suka di pujuk, masa tu la lelaki akan bagi ayat manis, indah beromantika, lembut bermesra. Terasa diri dibuai kata-kata indah bak burung berterbangan di kala mahu hujan awan berarak lembut membawa cebisan air-air hujan.

Gua kabor ni. Pada tengah bercinta, merajuk sikit-sikit sudah la. Karang sampai putus hubungan lak tak molek pula.

Cumanya, orang kabor lelaki selalu biar perempuan dua tiga hari baru pujuk itu dongeng. Lelaki ada kerja nak 'setel' dan ia lebih penting daripada misi memujuk. Tengok-tengok perempuan dah okay dah. Lantas keluar dongeng perempuan kena pujuk diri sendiri. Keh Keh Keh.




54 ulasan:

eszol raar berkata...

1st

eszol raar berkata...

satu lg situasi kau lupa.

pakwe pergi main futsal tinggalkan makwe

ngehngehngeh

jauh tu dkt egypt

dylli berkata...

'Golongan tidak punya halkum' ni, lagi molek dibaca.
tak le awok malu sangat membacanye.
HAHAHAHA..

hiro berkata...

bersukan untuk membina tenaga batin yang ukuh!

pemuzik jalanan berkata...

Haha dah kata perempuan.
Biasalaa nak merajuk.

Tak perempuan la kalau tak merajuk.
Ehh yeke? Haha lantak laa ;p

piNky LuCiA berkata...

kalau pakwe yang asik merajuk macam mana?

Adam berkata...

haha, time tu la baru timbul word "awak dah berubah, dah tak macam dulu, tak romantik lagi" hahahaha

fatinizzati berkata...

nasib baik aku tak bercinta :)

Raihana Izzati berkata...

Eceh. Post untuk orang jauh ke bang? lol

JIJI YU berkata...

nak pujuk laki algi susah sebenarnya..

hiro berkata...

lelaki merajuk tu susah sebenarnya..

banyak skil perempuan kena belajar..keh2

Ery Farieha berkata...

harharhar. aku kalo merajuk mmg pesen pujuk diri sendiri, sbb bf pujuk tak makan T_T

khairunnisa ♥ berkata...

rasanya lelaki and perempuan perlu belajar sama sama teknik memujuk ^_^

*awak relax relax dulu eh, nanti cool sendiri la tuh..

siti aida berkata...

lelaki yg selalu pujuk awek tu nmpak sweet la. cam penyabar je orgnye..hehe

Dee Zahari berkata...

hahaha lucu weh ayam niee. nk ngaju skmo ngn abam

dunia penuh hatred berkata...

aku tak merajuk..
sebab bf aku tak suka aku merajuk sbb dia takpandai pujuk.

Amiey White berkata...

bf gua hilang 4 hari . sila cari !!!!!!

Myra Arshad (: berkata...

hiro, itu baru makwe merajuk. kalau echa merajok cene ? :p

ciK fLower meLawEr berkata...

seday gampang kalau kene pujuk diri sendiry :))

ENCIK TIKUS berkata...

ini updated sebab nak minx pendapat ka ? baru lepas gaduh dengan sang pelangi ka ? kikiki

liyana berkata...

ha3..ckp jer..ok..fine....
msti llki tkut...

zarifahmr berkata...

selalu pujuk diri sendiri. tacing gila. tsk

Eksotika Blogger berkata...

bf gua ilang 2 minggu tup2 da sampai indon. sekali outstation da.kalau gua merajuk, sedas gua kene sound "jangan mengada" lol. statement plg kejam gua penah dengar.

ayiehulk berkata...

hahahahahah! perempuan kan.... cam x normal je x majuk...
kalau x mrajuk2 tu, bek check... ntah2 operate... ngeee.... XD

K2r~90 berkata...

laki pon kaut merajuk gak kot ... ala same jeeeeee hehe

eh x jels.. x jeles hehe

Johan "Champ" Radzi berkata...

Perghh, kes kita serupa Hiro. Susah benor nak pujuk kekadang. belanja kentaki pun tak tentu lagi.

+d.O.Y.A.h+ berkata...

pergh hiro! dokter cinta siakkkk

Lydia Miza(Aidyl Azim) berkata...

hehe..ummi tak majuk2 lah.ayah mls nak pujuk.penat jek majuk!

- koroe - berkata...

sapa merajuk dia gila.


kehkeh

Keri Henry berkata...

merajuk??? rider kick je...

DuniakuAbstrak berkata...

kadang bukan ape pon, boring takde keje lepas tu merajuk

fairuz berkata...

ala makwe ko kan jauh. err

iena berkata...

makin lama makin bosan. biasalah tu. last last nak merajuk pun x kuasa dah sebab hati sendiri juga yg sakit.

Pa'tam berkata...

sampai ke blog yek merajuk dia

Republic Aku berkata...

merajuk itu menghada-ghada...hehe

ghost writer berkata...

merajuk kena rujuk...bukan pujuk dah sekarang nih.

Wahida Nasution Thakhrim berkata...

masa dengan ex dulu dia yang merajuk.. AcHiKz yang susah payah pujuk..

hanaahmad berkata...

huh, yg pasal komen wallpost awek lain tu pernah terjadi kat aku! tak psl2 aku kena serang sbb si mamat ni dok sibuk nak conteng2 dinding fb aku...gf sndri ade xnk plak die dok menggediks! pastu gf merajuk aku jugeks mangsa keadaan. *rasa nak carut.

♛ nadia the blogger berkata...

tak payah tunggu 3 tahun derr, dah setahun lebiy ni, makan hati je kalo asyik merajok,jd mari ittew terima dia seadanya ! ^^

HEROICzero berkata...

aku senang begini. bila dia merajuk. aku biar. bila dah agak2 cool down, aku pujuk. bila dia jual mahal, aku pujuk lagi.

bila dia dah mengada nak merajuk lagi, ok merajuk la kau sorang2.

and it works!

=)

Berd berkata...

Klik nuff.

tim berkata...

merajuk tu buang masa

Emira Darmia berkata...

kalau mmg xpernah dapat kena pujuk mcm ne?? lelama bosan dah nk majuk..marah je terus..sonang...

ayat laki aku mase memula aku merajuk

"lantak u la nk majuk..i bukan mat bunga pown nk pujuk...nk merajuk g jejauh..i g cari pmpn laen..." pastu dia ketawa besar..kuang ajo kan..


makhluk yang bawak telur ni mmg kejam...(hehehe...jgn marah ek abg hiro)

$h@h_Izn@n berkata...

lama dok mari jale...sihat ko akal tunjang..keh3...apply lalu ke awe...ko guano? kah3...

syaf berkata...

ngajuk, ngajuk, ngajuk, ngajuk, ngajok & ngajok....




sangat malas nk pujuk....kejam tak aku?

wannurfazrini berkata...

alaaa mencikkkkkkknyaaaaa awek suke merajuk! abg pun samaaaaaa jeee dgn awek :p

gglit berkata...

Sibuk memanjang! nak merajuk!!!"

"Pergi la. Jalan terus belok kiri sket. Nampak masjid. Merajuk dalam tandas masjid tu ye!"



hahahahahahahahahahaaa..boleh pulak bf tunjukan arah.

*cimOt* berkata...

ko pemujuk or dipujuk?

maCy berkata...

maCy kan, dengan lelaki paling macy care sepanjang hayat ni. means m ex la. whtever he did, macy tak pernah merajuk. afta all years, sabar j ngn dia tuka gf bla3.

then bila byk sgt dia wt hal, lama2 hati mula jauh.. stil cntact, but then he said, "maCy dah pandai merajuk kan sekarang.."

bersyukur la sape gul yg kuat merajuk, tp tak merajuk. super sumting.

intan.maisarah berkata...

occupation : mengadap laptop


~.~


merajuk la.
tak retii pujuk

Sab Buenoo berkata...

lama tak merajuk. dah lupa dah acane.

anis aniesa berkata...

anis suka entry ni..nice!=)

anis aniesa berkata...

nak inform anis buat entry based on this entry..klu x keberatan usha k..

http://anisaniesa.blogspot.com/2011/04/bila-cik-kak-suka-merajuk.html

hiro berkata...

makasih ya kak..hehe.