Imaginasi Azrul Syafiq #3



"Mulut dia hampir rapat dengan mulut Abang, lagi sejengkal kura-kura nak rapat. Abang laung;

"ROZIE!!!"

"Masa tu, Abang ingat Rozie sorang aja. Mana pernah Abang teringat makwe kalau nak buat benda terkutuk. Contohnya mencuri paku dekat bengkel Pak Hassan Tom Yam"

"Abang mana boleh menduakan Rozie. Rozie tahukan Abang cinta Rozie sangat-sangat?"

"Sudikah Rozie menjadi kekasih Abang yang sah lagi mengesahkan?" sambung Azrul lagi.


"Booooo"
"Blah la"
"Pirahhh"
"Tipu nak mampossss"
"Poyo poyo"
"Kelentong tak beragak"
"Cegampang!!!"

Suara-suara sumbang bergema.

Rupanya semua budak kelas Azrul Syafiq keliling dia nak dengar cerita pasal hantu rambut panjang cecah lantai dada flat tu.


"Memang kaki lipat. Dekat cikgu kabor lain. Kat Rozie lain," jerkah Ammar Rohaidan.

"Woiii... cikgu Sejarah datang woiii..." ada suara amaran daripada budak kelas.

"Rozieee... awak percaya kat Abang?" bicara Azrul Syafiq sambil pegang tangan Rozie.

Rozie laju menarik balik tangannya.

"Semuaaaaa bangunnnnnn. Selamat pagi Cikgu Hafizi Malik..." laung Ammar Rohaidan selaku ketua kelas.

Kacak dan suara 'market'. Ammar Rohaidan yang suka berlagak. Seluruh sekolah gempar pasal Azrul Syafiq jumpa hantu tu sebab Ammar Rohaidan lah sebarkan.

Masa nak tanda kedatangan dekat pejabat. Dia terdengar perbualan Azrul dengan cikgu disiplin, pengetua sama guru kelas.

Pasal Azrul kena rotan 10 kali di 'up' nya sampai 50 kali.

"Okay pelajar. Seperti kita tahu, sekolah kita akan mengadakan sambutan hari guru. Dah nak dekat ni. 16 Mei. Saya dengan ini melantik Azrul Syafiq sebagai ketua penyelaras" bicara cikgu Sejarah.

"Hah?" Ammar Rohaidan mengangga.


Macam biasa, Bersambung...



13 ulasan:

eszol raar berkata...

semua cikgu kne lipat ke lpas ni?

hiro berkata...

haa..ending dia power!

erysweetie berkata...

cepat buat sampai 7 episod. aku tunggu. 2 hari terlepas dah! =(

soffya cik bulan berkata...

he... bestlahhh.
exciting!

- elina - berkata...

ada brapa siri ni ?

heh

hiro berkata...

7 siri..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

salam
azrul azrul gua tunggu post lepas ni

KHRLHSYM berkata...

hiro <3 <3

peminat setia.

syed hafeez berkata...

ahhh pesen lepas jiwang ke blog juga rupanya. kah kah kah

intan.maisarah berkata...

hiro~~

<3 <3 <3 <3

bagi love lagi banyak dari khrlhsym





@>----
bunga sekali

Sab Buenoo berkata...

cool. ok aku tak sabar nak tunggu seterusnya. :D

Republic Aku berkata...

adoi....sambung lagi...tak per tunggu lagi...

Brader Chacha berkata...

hikhikhik