Ugutan Cinta


"Abang, nak pakai duit sikit... nak bayar hutang member. RM500 je. Kalau Sayang tak bagi... kita putus cinta!"

"Abang nak tengok dada Ayang kejak. Kalau Ayang tak bagi, Abang nak putuskan hubungan kita"

"Jangan keluar dengan member kelas. Kalau tak, memang tak sayang Abang. Baik putus je"

"Ma, malam nanti tak payah la ikut 'famili' pergi rumah datuk Ma tu. Pa nak 'webcam' dengan Ma. Kalau Ma pergi jugak. Ma dah ada lain. Kita putus je"


***

Wahhh, kemain tajuk entri gua ni kan. Haa. Ni gua nak kabor mende ni. Pernah jumpa tak lelaki nak sesuatu... dan suka mengugut atas nama cinta. Pernah?

Ya! Mungkin lu orang tak pernah jumpa lagi lelaki cegamp gini. Tapi gua dah jumpa. Tunggu, bukan bererti gua ada apa-apa hubungan dengan dia. Cukup sekadar berkawan.

Ya! Memang nampak tak gantang bukan? Ni gua nak tanya, kalau kita berada tempat makwe dia. Nak tak nak kita mesti ikut kehendak dia ye dak?

Kalau tak, mau putus hubungan tu. Sapa tak takut jika pakwe main ugut nak putuskan hubungan gitu. Makwe mesti sayang kan hubungan cinta yang murni tu. Persoalannya, adakah lu orang berani mengambil risiko dengan membuang jejaka pesen ini sebagai teman hidup.

Kalau gua ya! Gua buang je laki gini, bagi penendang dekat kangkang dia lalu berlari pergi. Keh Keh Keh.

Cuba bayangkan jika setiap permintaan di impikan. Mesti ditunaikan. Kalau tak tunai, kait nak putus hubungan. Ahh, lelaki pesen apa ini. Ugut atas hubungan cinta. Cewah. Memang gua rasa tak rugi kalau si makwe lupakan lelaki pesen ini. Pandai mengugut. Sebab dia tahu, makwe dia tak akan tolak. Makwe dia sayang hubungan cinta yang utuh bak menara yang tak pernah runtuh tu. Makwe dia akan setuju punya lah.

Sama juga dengan makwe yang suka ugut ni.

"Abang, nak rantai emas. Kalau tak, kita putus saja hubungan ini. Buat apa kapel tapi tak dapat rantai emas" makwe meminta.

"Ok. Putus!" pakwe menjawab.

Kan kacak tu. Sekali mereka pandai minta putus. Pastu lain kali mereka akan minta putus lagi. Kan?

Jadi, main ugut cinta ni memang tak molek. Nanti lepas kawen main ugut-ugut cerai pula?

Wadepak!



51 ulasan:

Nobita Sensei berkata...

kahkahkah!

DuniakuAbstrak berkata...

di awal percintaan kami, memang kami saling mengugut antara satu sama lain

DuniakuAbstrak berkata...

Berapa banyak kajian kau buat ni hiro? keh3

hiro berkata...

hahaha..lu ugut camna.

dylli berkata...

HAHAHAHA.. tak syak lagi! :)

hiro berkata...

lebih dua ratus helai muka surat. kikiki.

Ain Zulaikha berkata...

ada ke orang main ugut2 camtu? hahahah tak pernah dengar lagi buat masa ni kalau ada mmg ler wadepak nye tuuu T_T

DuniakuAbstrak berkata...

Professor Hiro yang berkaliber..pakar hal-hal kekeluargaan dan percintaan

juga pakar dalam bab-bab coli

hiro berkata...

ain-- haa..nanti lu kenai ramai orang.. lu tahu la.. tapi, beringat ye. jangan korban bukan-bukan untuk pertahan cinta.

wannurfazrini berkata...

hahahahahahahah ok dah paham :D

fatinizzati berkata...

memang cegampang la lelaki gaya ni. dah pernah kena. last2 kena tinggal betul-betul gak. haha. ape aku heran kat lelaki macam ni

hiro berkata...

ayul--woi..apa ugutan lu di awal hubungan kelamin itu?

hiro berkata...

fatin--yep.. memang tak patut heran pun. bukan berbaloi pun kan nak pertahan lelaki camni?

"camni nak jadi laki aku??"

ayat ni sedak.

Nur Fatin Nabila Zeeyan berkata...

jolo.

DuniakuAbstrak berkata...

hamboih..semangat berkobar-kobar betul nak tahu..haha

Johan "Champ" Radzi berkata...

Sayang, nak gigit. Klaau tak abang gigit orang lain la pulak.

Tu mcm mana eh?

hiro berkata...

ayul--kbai. kah kah kah.



johan-- ugut la jugak tu. haa..kejam betei sanggup gigit bibir makwe lain. haa.

dill berkata...

hmm..blom jumpe lagi spesis mcm ni

dill.

Wahida Nasution Thakhrim berkata...

pernah kena tapi sekali aje la.. dia cakap macam tu AcHiKz terus putus.. silap banyak la nak ugut2 AcHiKz..

hiro berkata...

achikz--pehh..padu..ini sebagai peringatan aja yang tak pernah kena.. kena korban menda bukan2 kat pakwe ye dak.

Sab Buenoo berkata...

pilih aa. nak KLCC ke nak aku? taknak aku , kita putus!

erysweetie berkata...

aku dan spouse masing2 berego tak bape kecik...tak pernah lagi ugut mengugut cmni.. sbb kalau diugut, mmg kompom la...kihkih

Lydia Miza(Aidyl Azim) berkata...

hehe..tak mo ugut2 la.tak baik kan?tp td ummi ugut ayah.tak mo peluk dah.nnt ummi majuk.keh3.tu ugut gak kan?

Amy Wong berkata...

i ceraikan u dgn talak 99 sebab u tak pakai thong yg i suka !!!!!

Weeda berkata...

pakwe weeda plak kalo lmbat balas mesej ke, x mesej ke terussss cakap weeda ada pakwe lain...pfft...kang ade betul2 kang baru tau.

kembatolo™ berkata...

kalo macam tu, sebelom kawen kena blatih kasi pelempang 3 das sesaat. senang nakbagi kat bini kalo jenis macam tu. hahaha

Dayana Nasir berkata...

haha. dulu-dulu memang ada pakwe camtu. peduli apa. nak putus, putus la. tak heran der..haha

emeera asnary berkata...

perghhh sepak laju laju 180km/j!

hiro berkata...

dayana--pehh..power!

Siti Mashitah Saidin berkata...

haha.. bnyk kot spesis cam nih...

MisApple berkata...

ta payah nak sayang sangatlah org bangang macam tu .
cisss !

vampire's lovex berkata...

kalau awk tinggal sy,sy bunuh awk..

pehhhhh mantap kan ugut cmni..

hambekkkk.. ~laalalalala~

Nur berkata...

sesayang-sayang kat laki pon..kalo dia wat cenggini putus terus ah..amboi2..ugut2 segala...cari lain sudah..hahaha

eszol raar berkata...

dey macha. gua selalu je buat cmni. tp selalu gua ugut cara lain


"u better mkn skrg,kalau x i x nak contact u lg dah,u x pyah nk diet2 sgt2"


kira ugutan cinta x ni?

hiro berkata...

saya nak putus hubungan ni..

sebab nak bina hubungan rumah tangga pulak.

terkezut makwe bak hang..haha

hiro berkata...

eszol--pehh..power betei..nak curik lah.ugut cinta demi kebaikan tu..haha

Huda Luna berkata...

gua nak putus lah dgn lu mcm ni!

kita putus!

bye!

jumpa di mahkamah!


zzz.

ugut ugut dlm cinta ni mcm pondan sbnr nye

Berto berkata...

steakat ugut x guna pistol, x kan dapat menggiyangkan gua

GuavaTheBuaya berkata...

gua syak ni berdasarkan pengalaman lu kan? Kehkehkeh.

Brader Chacha berkata...

gua rasa lu ni dah molek sangat kalau berbini

bujal X berkata...

nak kopipes ble?

- elina - berkata...

tak pernah lagi laki pesen mcm ni msuk dalam hdup gua .

yg ada pesen mcm ni ,

'kalau kita putus , saya taknak hdup dah . '

tp esok esok tngk hidup lagi .
ckp tak serupa bikin betei.

nsib baik gua pndai.

keh keh.

JIJI YU berkata...

ko suke bebno dada ek

Master Hacker berkata...

nasib aku tak tergolong...

kalo awek aku ugut camne no hal, nak putus,putuslah gua tak heran banyak g pompuan kat luar...

hiro berkata...

elina--ugut nak bunuh diri? pastu esoknya idup lagi? haa.. gua ada member kabor nak bunuh diri..siap buat countdown lagi..kah kah kah.

Puteri Iqa Izyan berkata...

selalu jumpa. haha

gua sumbat dlm peti ais je org mcm ni.

ENCIK TIKUS berkata...

tahniah.. blog awak memang best... saya tergelak2 baca setiap perenggan ... memang ada seni...

alexa yussida berkata...

setuju..

nak putus sangat..sila la..

Dee's Gojoz berkata...

ugut??haha memg hapak die..!! org e2 mcm la kan,pondan nye pesen..toksah eahhh,dilayan..klo hang layankan ugut2 mcm ni,memg pikoi dose je la..

hatred24 berkata...

tak main r ugut2 ni.. tinggal terus je..

chittysarah berkata...

memang ade pun lelaki gitu..
tapi yang pelik awek die setia bukan main..sanggup dengar sume tu..

arrgghh,nek giler aku la..=.='