Roda Itu Berputar



"Manusia berubah di sebabkan wang dan beruang berubah di sebabkan manusia"


Itu gua dapat simpulkan pada dunia berteknologi dan dunia tanpa sempadan sekarang ni.

Manusia cepat benar buta hati bila melibatkan duit. Kalau tak sebab duit, tak ada pula budak nak ambil PMR sibuk 'blog walk', siang malam mencari trafik mahupun 'follower'.

"Adik habiskan la SPM dulu, baru la main blog dengan serius kalau nak cari duit pun. Bijak cari duit sampingan. Tak nak menyusahkan ibu bapa. Bagus betul niat adik tu. Tapi berblog dapat ajar adik ilmu ukur bahan? ilmu pengawalan harga barang? ilmu kejuruteraan elektrik macam abang belajar sekarang?"

Ce jawab dalam hati.

Budak yang tak habis SPM duk blogging ni terpengaruh dengan akak sama abam yang duk tayang duit beribu-ribu dekat blog punya pasal la. Sampai belajar pun tak berapa nak fokus.

Faking menunjuk!

Berbalik pada buta hati tadi, gua dulu mak gua suruh pekena beli santan sama ayam sama sayur sama budu pun, gua tak mintak upah. Mak gua bagi, gua terima lah. Jika duit mak bagi ngam-ngam dengan barangan di pesan, gua lari laju-laju pekena air sejuk teguk berbunyi dalam peti ais.

Tapi sekarang, kemain;

"Dik kirim majalah Playboy bulan April sama Dunhill 20 dekat kedai Pak Haslim hujung kampung," ujar gua setelah berjaya menyekat budak balik mengaji.

"Upah bang. Upah," balas budak itu.

"Nah seringgit"

"Mak aihhh... seringgit bang? Nak pekena ABC pun tak lepas"

Gua lantas masuk balik duit seringgit dalam poket.

Nahhhh!!!

Gua bagi penendang. Pesen budak gini, memang kena ajar cara kasar sikit. Baru tahu apa itu dunia. Budak tu mengerang kesakitan tapi gua tak peduli. Dah la tak ada nilai tolong-menolong. Ada nilai tamak pulak tu.

Berbalik kepada "Manusia berubah di sebabkan wang" tu gua rasa dunia blogging sekarang makin bangang!

Blogger yang dilabel femes kena kritik boleh pulak up entri paling pilu, sedih, kesian dan seangkatan dengannya. Sebabnya? Mahu dapat perhatian. Mahu orang kasihan. Mulalah main kutuk-kutuk. Maka, ramai la kenalan blogger lain mempertahankan. Serta-merta trafik naik lalu senyuman terukir manis. Perkara kecil sahaja jika diikutkan.

Faking hipokrit!

Pasal beruang berubah tu, beruang dulunya seorang yang baik hati, saling bekerjasama dengan manusia. Mengapa gua kabor seorang? Sebab beruang kadang-kadang lagi pandai lagi dari orang. Kerana ada sistem "Tiada Anak Buangan"

Beruang berubah sebab kelakuan manusia terlalu mengejar kekayaan dunia. Ceroboh hak asasi mereka. Hutan habis dimusnahkan. Jadi, jangan marahlah kalau beruang mengganas.

Berbalik kepada mak gua tadi, gua rindu mak gua sangat-sangat. Pesen anak mak gua ni. Perasaan ini melanda di kala minggu ulangkaji belajar dan nak dekat peperiksaan akhir semester.

Tak sabar nak balik rumah woiii!!!

Akhirnya, berbalik pada tajuk, gua tak tahu nak taruk tajuk apa. Gua bukan reti nak fikir tajuk pemancing trafik ni. Tajuk dipilih sebab gua tengah layan lagu Nidji-Sang Mantan. Keh Keh Keh. Pekena lagu Indon tengah pagi buta ni sedak juga.




40 ulasan:

HAN berkata...

good luck ur finals!







anak abah.

Unknown berkata...

gud luck akal tunjang...

sungguh,
bile nak exam nih makin membuak2 rasa nak balik nak jumpe mak..nak jumpa bapak...


mengikut pemerhatian beta,
"cinta antara blogger" makin hangat sekarang nih..wah..balas-balas entry u.. dulu men balas-balas surat je...org len HAROOM baca...


sekarang dah open minded...Baca la..baca la...



Again,
Gud Luck akal tunjang!

ishiko berkata...

rm1 boleh beli cendol femes dekat bus stand batu pahat nh, mmg terbaik...
manusia memerlukan beruang.. *tiba-tiba


#meh singgah belog suda berwajah baru.. :b

Tanpa Nama berkata...

"seringgit kak...seringgit"

aku penah kena ngan sorang budak ni dekat mall. macam harrooom...anak sapa entah. malu aku dekat orang ramai yg ada. -.-"

eh. ada kena mengena x dengan entri kau? ala. tibai jelah!

fatinizzati berkata...

another attractive entry :)


btw, good luck for finals!

eszol raar berkata...

PSYCHO!

vampire's lovex berkata...

gud luck exam abam hiro..





jumpa di kelate ..hahaha :)

Iena Arshad berkata...

hok aloh. betul la. dunia blog skrg makin x best.

hiro, ce kau update pasal budak sek zaman skrg ni bercinta. aku ada bc 1 blog ni baru form 2 gaduh dgn bf siap ugut nak minum clorox. ape jadah pun x taw.

AdilaKaman berkata...

kirim kat adik kemain lagi. HAHAHAHA..

betul lah! semua nak tayang duit ribu-ribu. hiro, dah dapat berapa ribu? ce citer ce citer. :P

- elina - berkata...

kesimpulan tu diterima .

keh keh

Cik Ieyraa berkata...

okay.


adik belajar dulu ye bang.


kui kui kui.


good luck fr ur finals.

Duniakuabstrak berkata...

bercampur baur isi entri kau nih...menandakan rasa yg berkecamuk d dalam jiwa..keh3

mamawana berkata...

Biasolaaa...semuo mato duitan.. nak bayar broadband, streamyx nak membuang pun kono duit...so kono jadi mato duitan tak kira kocik bosar... iyo ko... anak2 pi study jgn dok leko ngan blog...sekehkang. gud luck to you.

adrinaqamarina berkata...

takpe tak pe. tak lama ag, balik la rumah tu yek.

cakap pasal mak suruh pegi kedai and kasi upah tu, teringat kisah time kecil3 dulu. tapi mama tak suruh anak perempuan dia pegi kedai, anak lelaki je. tapi selalu kalau abg dapat upah pa pe, dye mesti akan belikan benda yang boleh beli untuk 2 orang dengan duit tu.

sedikit selingan time kecil3 dulu. hehe.

bersyukur sangat sebab dulu time kecil3 tak tau blog3 ni, kalau tak, asal home leave je mesti meroyan nak online. *sujud syukur*

K2r~90 berkata...

g
u
u
d


l
u
c
k

izuddinrahim berkata...

Wei aku paham lahh? Haha. Aku sokong ko. Sep kito jange ppecohh ! Haha

. berkata...

manusia memang berubah disebabkan beruang. hahaha. bukannya boleh buat kaya pun duit buat blog ni =.=

Nialicious berkata...

budu sedap.

Yuyu berkata...

pesen berbalik hiro


goodluck!!!

aljambz berkata...

masih jiwang seperti dulu. taniah.

Aweyn berkata...

yup.
x dinafikan budak2 zaman skrg,masih sekolah rendah lg da mata duetan.
cth t'dekat my adik. rm1 pon x nk. haha

Amir Syahir berkata...

cilakak! gua nampak perkataan BALIK aja sekarang..hehe

Mashe berkata...

hahaha.. patut la tersedak~ hahaha

zarifahmr berkata...

bila start final? good luck

Lalala berkata...

haha.. apa pesen mintak budak beli playboy.. ye tu lah budak zaman sekarang kena sogok baru nak buat kerja.. kira rasuah eh ni?

good luck final dan jam kat blog hiro memang smart..

MegaImaginasi berkata...

kalau gagal macam mana,kawin ke atau lari...kiki

Shahada Fauzi berkata...

semoga sedara hiro berjaya jawab exam dengan berjaya..study molek!

za berkata...

entri yang berilmiha..

Blogger yang dilabel femes kena kritik boleh pulak up entri paling pilu, sedih, kesian dan seangkatan dengannya. Sebabnya? Mahu dapat perhatian. Mahu orang kasihan. Mulalah main kutuk-kutuk. Maka, ramai la kenalan blogger lain mempertahankan. Serta-merta trafik naik lalu senyuman terukir manis. Perkara kecil sahaja jika diikutkan.

keh3..

Unknown berkata...

dulu laen skang laen..

Wahida Nasution Thakhrim berkata...

selamat berjaya yea.. jawab soalan tu baik2..

Huda Luna berkata...

aku BALIK rumah ni weh! jangan jeles!

وان محمد ناءيف berkata...

ado jugok kaite denge tajok entri.

Pa'tam berkata...

hai binatang hiro. aku ada benda nak tanya


























































































































kau apa kabar?
















































































































ok bukan tu yang aku nak tanya










































































































dah makan?






























































































































ahahhahaah










































































































































faking!


















































































































































































































hahahaha













































































































































































































































kenapa kau tak kacak?























































































































































































































































































kahkahkah































































































































































macam setan



































































































































































































































owh. nice entri


















































































































































aku tak baca pun

Cikgu Jaja™ berkata...

br kalini sy rasa anda professional dan serius hiro.

heh

penyakit buta hati mmg parah.geram.apesal susah no nk sedOr >.<"

lady-D berkata...

aku baru je balik dr kampung..hahaha..best gila balik kampung ni hiro..

♛ Rose Wolfsbane berkata...

dak lectric engine sekurang kurangnya balik lagi awal dari dak chem engine, sob3~

Unknown berkata...

hehe...tak menahan kedai pak haslim de jual majalah playboy tu...

musTika berkata...

bro hiro...sya dak bwu dlm dunia blogging..sila la kasi tunjuk ajar sikit yer,,,nk kasi manyak pon leh gak..

intan.maisarah berkata...

lagu fav gua!!!!~~


!!

alexayussida berkata...

entri multi topik..terbaekkk lah hiro..mmg hiro malaya..kehkeh.

kembang lettewww~