Slot Cengkerama Siri 7 - Antara Dosa Dan Jasa (Episod 2)

Edisi Sabtu - Episod 2


Baca episod 1 dulu. Tekan sini.


________________________(.)(.)______________________


"Dengar cerita, budak Berahim ni pernah masuk mencuri dalam kedai kau kan Zim?" tanya Mak Cik Rogoyah yang baru sampai ke kedai runcit tu dengan menaiki basikal anaknya.

"Aah. Masuk sepital seminggu budak Berahim ni aku kerjakan. Kalau tak kerana dia anak Tok Ayai, dah lama aku hantar budak ni ke neraka," balas Encik Azim.

"Budak Berahim ni bukan tak tahu aku ada senapang gajah. Masa masuk askar dulu pun, aku power pegang senapang tahu? Dah beratus kepala askar Jepun aku tembak," tambah Encik Azim lagi.

"Amboiii... kemain. Dia jahat sekalipun, belum tentu dia masuk neraka lagi" sampuk Cik Senah.

"Dah tutup seminggu, buka dua hari ja. Mana taknya. Kih Kih Kih" gelak Mak Cik Rogayah sendiri. Tapi pelan. Tak sampai pada telinga Encik Azim.

"Dah perangai macam setan, mencuri macam toyol! merompak, main judi, minum arak macam Macgyver tu? bukan setan ke?" lantang Encik Azim bersuara.

"Kot nanti dia bertaubat ke?" Cik Senah bersuara.

"Iman tak boleh diwarisi dan tiada di tepian pantai umpama buih-buih berlaga-laga sendiri wahai Cik Senah woiiiiiii," Encik Azim mula dada berkocak. Marahnya pada budak Berahim mula membuih.

Ada benar juga kata Encik Azim. Nur Ibrahim memang raja segala setan. Mat kutu. Motor mat rempit selamber aja di rembatnya. Motor EX5 Pak Haji Hassan kening bersambung pun di rembatnya mentah-mentah.

Hari itu, anak Pak Mulsalman baru beli motor LC. Duit daripada PTPTN. Kemain suka anak Pak Mulsalman. Bawa Intan Fazura keliling kampung naik LC-nya. Dalam seminggu gitu, dah lesap. Alahhh, anak Pak Mulsalman berenti kencing kejak dekat tandas masjid hujung kampung. Cuma lama sikit sebab zip seluar susah nak tarik.

Dua bulan menangis anak Pak Mulsalman tu. Sampai Intan Fazura keluar dengan Ferdi anak Pak Wijoyo pun dah tak ambil peduli.

***

"Nur, kalau ayah tak ada nanti. Kau jaga ibu molek-molek ya? Kau anak lelaki. Kau kena lindungi ibu," beritahu Tok Ayai.

"Hmmm... " balas Nur ringkas. Sambil garu-garu kepala dengan mulut menguap. Luas betei dia menganga. Luasnya sampai boleh makan sebiji epal sekali gus.

Ayahnya nak ke masjid solat subuh, dia pula baru balik dari lepak dengan kawan-kawannya. Begitulah rutin seharian Nur Ibrahim. Subuh balik rumah lepas makan tengahari baru keluar. Makan tengahari pukul tiga, empat petang memang kebiasaanya. Perut sebagai jam locengnya.

***

"Abang, Abang tak ada cara ke nak ubat Nur ni? Pergi la jumpa Bomoh Pak Usu dekat Kampung Bagai Rotan Di Belah Hujungnya Lalu Di Raut Halus-Halus Hingga Menjadi Lidi Lalu Di Jadikan Penyapu tu. Dia pandai buat air tawar. Terer kata orang kampung," bicara Fatimah. Bini Tok Ayai.

"Biarlah dia tu Fatimah. Awak jangan paksa dia sangat," balas Tok Ayai.

"Abang tak malu ke dia dilabel mat kutu kampung? Kaki hisap dadah? Pencuri bang? Saya tak sanggup bang. Kaki rogol? Hina-hina dia, dia tak pernah kacau anak dara orang bang. Rosak anak dara orang. Main lepas tu tinggal. Macam perangai anak Saleh Kuda tu," air mata Fatimah mula menitik.

"Dia akan berubah. Kita berdoa saja. Dia masa kecik tu, abang didik dia dengan molek. Abang dah tanam benih keimanan. Cuma benih tu belum bercambah lagi. Awak sabar ya Fatimah. Mana kopi saya ni? haus dah ni. Nur tak bangun lagi?
Lewat dia 'check out'. Keh Keh Keh," gelak Tok Ayai sorang.

Fatimah bini Tok ayai bergegas menuju ke dapur. Merajuk gamaknya.

"Nur... Nur... kau lupa ye?, dulu kau marahkan ayah. 'Kenapa ayah pergi masjid tak ajak Nur?', 'Kenapa ayah pergi ajar orang ngaji tak ajak Nur?', 'kenapa ayah solat tak panggil Nur?" Tok Ayai main dengan hati sendiri.

Soalan Nur yang sering berlegar-legar di fikiran Tok Ayai. Rindu. Masa tu, Nur masih berumur lima tahun. Dah tahu solat. Dah tahu mengaji.

***

Malam tu bulan mengambang. Bintang pula banyak berkedipan di langit sana. Burung daripada pantai timur mula berhijrah ke pantai barat.

"Ayah... Anna dah habis kerja. Abang mana?" suara Anna masuk dalam gegendang Pak Mikael. Halus dan lembut.

"Abang Jemy kau tak balik lagi ni. Tadi petang pergi pantai dengan kawan SPM dia dulu. Kau tunggu kejak. Ayah pergi ambil. Kau tunggu situ," balas Pak Mikael guna Black Berry.

Anna. Anak Pak Mikael. Baru lepas SPM, tapi rajin kerja sambil tunggu keputusan SPM. Dia kerja dekat kilang buat air botol dekat pekan kampung Nur Ibrahim.

"Mana ayah ni. Dah sejam dah ni," Anna bermonolog.

"Ah... jalan la dulu slow-slow," bisik Anna dalam hati.

Anna Farisya mula membuka langkah. Sampai cabang empat. Ada budak-budak lepak situ. Anak Saleh Kuda pun ada. Sekelip mata, Anna sudah diheret ke dalam semak belakang pondok tunggu bas.

***

"Kau buat apa dengan anak aku setannnnnnnnnnnnn", laung Pak Mikael.

Encik Azim yang kebetulan lalu dekat situ terus balik ambil senapang. Kejak lagi ada la kepala ditembaknya. Semakin ramai pula orang datang situ.

Anna masih menangis teresak-esak.


Bersambung...

Ikuti sambungan pada Brader Kemal. Baru di ambil kerja.







16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak tahu nak komeng ape.

Amir Syahir berkata...

tak perlu komen..hehe. perlu baca.

athirahzaki berkata...

saspen
cemas
mendebarkan

Raihana Izzati berkata...

blom baca.otw. tapi hiro,, sampai deactivate.

Boring lorh.

neway goodluck.

ishiko berkata...

adess... bersambung, grrr~

Amir Syahir berkata...

okay. gua baca 3 minit je. tak la panjang sangat kalau ber-inginan.
keh keh keh.

Syifa Alshah (wutwut) berkata...

dah berslot entri skang eh. :)

vampire's lovex berkata...

sapa tarik ana ???




knpa pkcik tu amik senapang kencang-kencang ??



pakcik kaya tu gila ke hape ???



korek kubur sniri,dah xnak org lain korek kan..



cisss.....




btw,pnjg kemain edisi akal tunjang...


tp bila bc bersama laki tersayang,boley la...ehh ehh seminit da hbes baca. hak3..

da puas komen.kbai

Amir Syahir berkata...

kadang-kadang awak ni kelakar jugak VL.

Duniakuabstrak berkata...

pesen perogol ni yang aku hangin ni

Tanpa Nama berkata...

asl da x trio yg lame???

Amir Syahir berkata...

tanpa nama-- leplep sibuk sikit. plan nak ada 4 orang..baru cerita sedak sikit huraian..

intan.maisarah berkata...

suka sangat :)

ain fathihah fhm berkata...

dah baca. takmau komen. babai. haha

Emira Darmia berkata...

besh..besh...teror la abg hiro (ckp mcm budak bace komik)

Muhd Lokman berkata...

i like this slot,!