"Kau ni, walau dah kawen lima tahun. badan masih 'menten'. Biasa lelaki dah lama kawen akan buncit atau gemuk. Apa rahsia kau?" tanya member pejabat gua.
"Heh!"
***
"Icaaaa... jangan lari... jangan lari" laung gua.
"Kejar lah... kejar lah... haha. Tak dapat. Tak dapat"
"Abah penat nak kejar ni Ca"
"Kejar la Ica... wekkk tak dapat..."
"Adoiii... nak tolong potongkan kuku pun kena kejar sakan. Ica woiiii" gua menjerit. Ica dah di dapur.
"Hehe..." dari kejauhan bini gua senyum sorang.
Haaa... cuba jawab kalau lu orang ada anak lincah begini? Perangai macam lelaki. Tak boleh duk diam. Itu tak kira nak suruh mandi malam lagi. Pun kena kejar juga.
Bak kata seorang makwe, "bagai Hiro tak duduk diam"
Makna nya semasa dia baby, pantang lepa, hilang lah dia... jika di katil letak, tiba-tiba wujud di atas meja makan. Mungkin anak nya, begitu juga... di situ diletak,di sana ia melata..
Ternyata memang betul kata makwe itu dulu.
"Ica. Mandi"
"Wekkk... kejar laaa"
"Ah sudah! Maghrib gini orang tak main kejar-kejar Ca"
"Alaa...kejar la Abah. Cubit Abah!"
Saja ja main cubit-cubit supaya orang kejar dia. Kalau nak di ikutkan malas benor gua layan perangai Ica tu. Tapi saja ambik hati.
Kalau mama Ica nak main kejar-kejar malam Jumaat ni memang gua 'surender'. Main masa woiii. Keh Keh Keh.
***
"Woii.. mengelamun pula. Camna kau menten ni? Sixpack masih power lagi"
"Berlari dalam rumah" jawab gua ringkas. Lalu pergi mengorat makwe kerani yang buat rambut baru.
47 ulasan:
LIKE
selalu berlari kat tangga.. kaki ada sixpack.. haha..
aktifnyer ica..haha.baby ummi pun camtu lah agaknya.senak ummi kena tendang ni..haha
ngorat kerani baru buat rambut?curang ke ape dengan bini?haha
nur-- wah..reka je ni..makasih ya.
nisa-- haha..kaki sedak penyepak.
ummi--heee..mana boleh Ica wat gitu kat nenek dia..haa
kila-- aaa..hormat menghormati laa..keh2
comel je petua tu.
lari bersama anak2 :)
Miss Dill^^
haha. pinjam ica. leh wat selim ^_^
hiro kuat brangan...hahhaha >.<
heh.
kejar je?
haha.
ai, men kejar2 pun boleh selim? bazir masa la saya jog 10round kat stadium selama ni
haha
agak logik jawapan tu. semangat bapa ica ni. janji kurus :)
Motif cerita nak bagitau yang 6pax tu kan.
Sila snap dan up jadi header. baru la proved.ngeh3
Abam ni yg selalu pergi gim dgn beng2 boom kan? ;) <-- kelip mata
hahaha..mau xsixpack nyer..
like father like daughter:)
haha..tipu r ko..eheh ye ke lari je dapat sixpack..aku nak dapt pon punye la lame kena sit up..hehe
rasa sweet baca imaginasi hiro ni
lol
memang direka sebab hiro ada 1 pax je mana pglg 5 pax ? haha
babis...
haha~ kejam seh, anak kat rumah bleh plak ngorat kerani
'buat keje dalam umah'
ica meh sini makcik nak kasi nikah ngn ank makcik nih...
eh silap.anty yuyu lar..!ngeh3
aku der onepack jer...gagaga
ko x bayang sampai ko da kawen kan si eca tuh? aku teringin benor nak tau bakal menantu hantu ko tuh... hahaha
abam hiro ni tak habes2 berangan.
tampo nanti.
kerja bertimbun tu bila nak siapkan?
kehkeh
nasib baik ada anak aktif
kalau tak, boroi la kauuu
imaginasi ko memang terbaik la hiro.. ahahahha.
bahagia betol fmly hiro ni .
heh
lu boleh lawan 8pack gua ke hiro.. kehkehkeh
hahah ckp la ica yg wat aku kurus. hahaha
DENGAN MAMA ICA, MAIN CAK CAK YE DAK...
Sixpacks ke sixfats weh? Haha.
bila terima pakai ke alasan tu,aku masih ragu2...hmmm
entry kau selalu entry demam.
"kurang kasih sayang"
keh3. :D
tapi syiiioookkkk ooo..
AWWW.SIXPACK YOUUUU . AW AW HAHAHA
cnfirm ke surrender kalau bini suruh kejar? cecececey.
betul ke ni?
kenapa musykil
lari dengan anak dapat sixpack ar?
nak try ne kot2 lari kejar cheetah aku ble dapat 12pax kali....hahah
kehkeh..kuat imaginasi hang~
saja nak test hiro ble dapat 6pax kejar anak....
aku nak kejar cheetah plak....hahaha
ica nok main berambat chok duduk letewww..
jaoh gilaa mengelamun. tak kawen tak tau laaa.
okbai!
kalau gua, lama2 memang gua bia jek nak lari bagai.
*ah kalau ada anak, baru tahu macam mana. =)
itu anak perempuan macam laki.bayangkan kalau dapat anak lelaki pulak
patut la menten...!
main lari kat dlm rumah....
suka panggilan abah.
nampak lebih sporting.
tapi anak muda sekarang mungkin suka papa~
mak aihh lincah kemain anak.
boleh wakil negeri main netball.
>__<
hahah cam haram statement kejar2 ngan bini
Catat Ulasan