Andai Kau Tahu

Cinta jika tidak dijaga juga akan gugur.




Nama gua Rahmat. Gua berusia 22 tahun. Gua anak tunggal. Kedua ibu bapa gua sudah lama meninggal dunia. Dan ini kisah cinta gua.

Gua punya seorang makwe. Dia cinta pertama gua. Gua sayang dia sangat-sangat. Hubungan percintaan kami bertahan hanya dua tahun saja. Mungkin faktor keluarga dia yang tidak suka akan gua. Ye lah. Gua belajar hanya setakat PMR saja. Mungkin mereka mahu orang lebih terpelajar.

"Tak apa ke Abang hanya ada PMR?"

"Abang ni, Ayang tak kisah la. Janjji Abang cinta Ayang"


Gua sedikit senyum simpul. Dia kini berada di menara gading. Keluar nanti bakal jadi Cikgu. Gua pula kerja dekat pusat membeli-belah tempatan.

"Abang, Ayang bahagia ada Abang taw"

Kata-katanya buat gua bersemangat bekerja. Kumpul duit, masuk meminang dia cepat-cepat.

Satu petang, gua dapat mesej daripada kakaknya. Macam mana dia dapat nombor telefon gua pun gua tak pasti. Mesej yang berbunyi;

Salam. Saya ni kakak Arissa. Saya tahu kamu berdua bercinta, saling sayang satu sama lain. Tapi kami sekeluarga mahukan yang terbaik untuk dia. Agar dia dapat hidup bahagia. Saya tahu sangat perangai Arissa, dia tak boleh hidup susah. Apa yang dia mahu, mesti dia akan dapatkan. Mak Ayah Arissa tak sanggup lepaskan Arissa pada orang yang tak mampu nak ikut kehendak dia. Macam mana nanti jika dia mahu rantai emas? Boleh kamu belikan? Saya harap kamu faham. Semua mahu yang terbaik untuk dia. Jadi, tinggalkan dia. Itu yang sebaiknya.


Gua tak pernah rasa berdebar macam ini. Sangat berdebar selepas baca mesej ini. Gua tahu Arissa bukan jenis yang materialistik. Tapi, ada betulnya kata Kakak Arissa. Gua nekad. Gua akan tinggalkan dia. Gua akan buat dia sakit hati. Sampai dia meluat dengan gua.

Gua pernah dihina kawan Arissa. Bahawa gua ini lelaki murah. Gua tak layak bersama Arissa. Gua nampak jijik depan mata kawan-kawannya. Semuanya berpunca daripada gua merosakkan hubungan ini. Gua tak ada pilihan lain. Gua pura-pura ada perasaan cinta pada seorang perempuan lain.

Gua tahu. Perempuan punya sifat cemburu sangat-sangat. Jadi gua bercinta dengan perempuan lain. Dengan harapan, Arissa boleh lupakan gua. Cari pengganti gua cepat-cepat. Gua pura-pura bahagia dengan makwe baru. Tapi di hati gua hanya ada dia. Arissa sering bertahta dihati. Wajahnya sering bermain di fikiran.

Selepas dua bulan, dia sudah dapat pengganti. Lagi kacak daripada gua. Sudah bekerja. Gajinya mungkin mewah daripada gua. Maklumlah, seorang jurutera berjaya. Gua tak kesah. Gua selalu doakan kebahagianya. Kini dia nampak lebih gembira.

Kakaknya mesej pada gua;

Terima Kasih Rahmat. Arissa sudah ada pengganti. Dia kata dia bahagia sangat. Semoga Tuhan berkati jasamu.

Gua sebak. Gua tak tahu apa patut gua buat. Gua rasa sudah bosan berpura-pura cinta pada makwe gua yang baru. Sudah tiba masanya gua berpisah dengan makwe baru. Lantas gua minta putus. Dia tanya kenapa. Gua tak bisa memberi alasan yang kukuh.

Awak Kejam.

Bekas makwe baru gua hantar mesej. Gua tahu, memang gua bersalah. Memberi dia harapan dan menghancurkan kembali. Tapi apa gua boleh buat? Cinta gua hanya pada Arissa. Sampai mati gua tak berniat mahu cari lain. Gua bodoh. Tuhan jadikan gua bodoh. Belajar tidak pandai.

Hari ini 29 hari bulan. Tarikh ulang tahun percintaan gua dengan Arissa. Entah dia ingat atau tidak. Gua tak pernah lupa akan tarikh tersebut. Semoga dia bahagia. Tapi satu saja gua mahu Arissa tahu, gua masih gunakan dompet yang dia belikan untuk gua. Minyak wangi berjenama Bvlgari. Susah gua nak sebut. Gua bodohkan. Mungkin gaji gua dua bulan baru sama dengan harga minyak wangi itu. Gua guna sikit-sikit saja. Risau habis cepat. Ada tu, bila gua rindu dia saja gua pakai.

"Abang, mucuklah bau Abang. Taraaaaa... ini ada hadiah utuk Abang!!!"

"Apa ni?"

"Bukak lah"

"Ehhh. Minyak wangi"

"Buuuuvagaari.

"Susahnya nak sebut"


Dia ketawa saja tengok gua duk sebut-sebut nama minyak wangi itu. Kenangan itu masih segar dalam ingatan gua.

"Abang, nak beli baju boleh? Satu jeee"

"Gaji Abang tak masuk lagi la Sayang"

"Takpe-takpe. Guna duit biasiswa Sayang. Hehe"


Lagi satu, dia suka sangat beli kasut. Berlambak kasut tapi beli lagi. Katanya, rugi tak beli ketika ada potongan harga.

Gua simpan rahsia ini ketat-ketat. Biarlah hati gua berduka. Tapi, gua tak boleh terima gua terpaksa tipu hati seorang gadis. Bekas makwe gua yang gua pura-pura cinta tu. Jadi gua ambil keputusan untuk bunuh diri. Gua sudah tidak ada sesiapa lagi dalam dunia ini selain Arissa. Gua sudah cuba cinta pada makwe nombor dua tu, tapi tak boleh. Hati gua tak boleh terima dia.

29 haribulan. Tarikh sesuai untuk gua ke Sang Neraka. Gua bodoh. Dunia sekarang mencabar. Gua nasihatkan kepada yang baca ini, belajar la dahulu. Lengkapkan diri dengan ilmu. Jangan bercinta sebelum kecapi impian hidup.


Selamat tinggal kepada dua perempuan yang pernah sayang gua. Gua doakan kebahagianmu di sana.


Rahmat.
1.21 Pagi.
29hb2008.


Pengajaran: Ramai tahu bercinta, tapi tak tahu erti cinta yang sempurna.

 
SukaNeka: Amacam? Kencang tak? Gua reka saja ni. Hehe. Panjang bukan. Hamzah, sah-sah tak baca. Demm.



96 ulasan:

hackshitam berkata...

1st...haha

Yuni Aisyah berkata...

mmg minat kish cinta ke.??hikhik...
setuju dgn mesej entry nie...carilah cinta yg sebenar iaitu cinta pada Illahi...kapel nie buang masa, buang duit dan juge buat dosa je...so fikir2kan la..

LadyRye berkata...

awak kejam!

sekian terima kasih

*die*

shima berkata...

kenyang beb.gua salute lu.hehe.LOL!

NOOR FATIN berkata...

bunuh diri? errr.. haha

liyana berkata...

sedeh la pulak bace. hehe

hamzah ian berkata...

babi.. aku bace sial..dem2..

ni kisah cinta lu ke? ceh

hamzah ian berkata...

lelaki tu bodoh.. dah suka kerja la kuat2.. bangang ape?

FzaIbrahim berkata...

hurm..
buat otak ni berfikir.

mcjust.lol berkata...

*intro*

nama gua mekjah. gua berusia 19 tahun. gua nak cinta sejati....

kahkahkah

Ery Farieha berkata...

harharhar

mmg bodoh la bunuh diri wey!

stuju dgn hamzah

xP

miss epa berkata...

tipu ah kalo ada laki setia giler camni.satu lam sejuta.hee :)

jambz- berkata...

sungguh.
sungguh kencang.

d_tieah berkata...

Rekaan je ek..
Mmg kencang habisss..

Encik Tikus berkata...

setuju dengan hamzah, perlu berusaha sikit, jangan lah mengalah macam tue jea, sebagai contoh macam gua nie ? keh keh keh

bad girl berkata...

hmm . sedeh la sial . hmm . bodoh laki uh . kalau dah betol sayang . tunjuk berubah , cari keje baek skit kumpul duit meniaga sndri pk la matang sikit nih mati dea pk . demmmm pape pon kenyang beb. wachaaa .

platipus berkata...

nasib baik ni kau reka sifu..kalau ni cerita betul..

aku doa tak selamat la lelaki tu dunia akhirat..!

shilake main-main kan hati orang lain!

tia berkata...

bunga bukan sekuntum!
aduyaii!

da tau tak mampu yg pegi becinta sakan dulu naperrr rahmat oi!

Cik Su berkata...

sedih gak ctenye nie..seb bek reka jer

mofasad malas nak guna google akaun berkata...

HIRO

YM GUA 24JAM OPEN UNTUK LU.

BUZZ GUA..

GUA TAHU KEADAAN LU SKANG


gua bukan kawan yang bodoh, yang kejam

:)

matsyah berkata...

best boh...
aku cayo doh saknih... adehh...
mujur mu tulis rekaan.. kalu dop aku mikir panjg...

pompuan:
jgn pkir laki jer jaat..
perempuan pon pndai buat2 syg..
apepon... layannnn...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

nampaknya hujan rahmat turun hari ni rahmat..

gadis yang ingin kurus. berkata...

argh. asal gua feel lebih ni?!!

PinQib berkata...

wah.. sjak akhir2 ni hiro jiwang cikittt

Mohd Nor Quiyyum berkata...

terbaik la hiro!

Fina Fento berkata...

apesal cam mendung je kat sini *dongak atas

eqacashperlala berkata...

apa kata kau jadi penulis novel je

sedih doh cerita kau

K I E R A berkata...

Ade pulak bunuh diri.

Macam takde solution lain.

Memang bodoh la -.-

*Crita lu terbaek bro ! :D

nadia berkata...

cinta sejati patut barsama..

patutnye..lelaki tu keje kuat2, tunjuk kat awek dye, dye pun ley berjaya


:)

~qiFFara~ berkata...

gile kentang cite rekaan nih!!


penat ak sebak je td!
haish

adrinaqamarina berkata...

knp nama rahmaaaaaaat?

tetiba emos. hahah.

knp tak de tunjuk pon side arissa? takkan arissa tak pertahankan? eceh

ni mesti ada campur aduk kisah cinta ko jugak kan? cayalah.

hue hue hue

Lydia Miza(Aidyl Azim) berkata...

Nasib baik rekaan..takut ummi baca ...

nadia atilah berkata...

: hekele . rekaan semata2 ke ? mati2 ingt betol2 doe . HAHAHA tp cerite yang gempak , :D

cKyN WaN berkata...

adeh br nak feeling lebih2 hahaha

br je nak hentam si "gua" tu, rahmat ek nama die hahaha

ღ Sumomo-chan ღ berkata...

boleh jadik cerpen remaja kot. kahkahkah

anis madu berkata...

haihh, apsal ang pandai sgt p bunuh diri....?

haha. sedih kot :(

balqish jaffri berkata...

ko jadi tuan direktor pun ok jugak!walaupun hidung ko x bleh kalahkan ahmad nisfu!tp mamat khalid mungkin tercabar kut :P

ain gojes berkata...

sama macham cerita cinta gua...loll..

lumut berkata...

tp ape pon..sebelum rahmat bunuh diri dan sebelum arissa kawen or pape je la...aku nak arissa tau pengorbanan rahmat..

please aku nak bgtahu rahmat.boleh?

LadyRye berkata...

rahmat bahgiaaaaa
tuhan kurniakannnnnn
raja kitaaaa
selamat bertahta....

gila kufur nikmat punya rahmat! tiap-tiap pagi orang sebut nama dia, dia pi bunuh diri plak!

bukan penggoda berkata...

ada hikmahnye. no more war.

peace. :)

ikhlas. kot. sbb org ikhlas xckp dia ikhlas. keh keh keh.

-hazen berkata...

gua nak tanya.

Rahmat ni dah mati ke belum?

kalau belum suruh dia roger gua. Gua nak tarbiah sikit. haha!

Weeda berkata...

rahmat ni bunuh diri camna?haha

DuniakuAbstrak berkata...

rahmat yg tak dirahmati

bunuh diri bukan satu penyelesaian

ia satu permulaan yang malang

Myra Arshad (: berkata...

wei. jgn la reka cita yg sentap. aku touching kot ~

aiseehh. kencang je jantung ni.

btw, best cita ni. tq heeerrrooo! agaga :)

Lya Colours berkata...

haha aku baca sampai habis ye
aku kagum la dgn imaginasi bercerita ko ni
tp mengapakah end up nak bunuh diri

nabihafadzli berkata...

hebat r

Cik SHiNJU berkata...

mesti rahmat dh jd antu skang ni kan? heheh...org bunuh diri mane masuk syurga..jadi antu jelah...lalala :S

Fadzrul Hisyam berkata...

Rilek sudey...xdpt awek belaja tinggi2, cari awek takat UPSR...keh3x

cik @!en berkata...

bunuh diri? masuk hell..

ish3...


hmm.. takda jodoh kot..

Poyaty berkata...

saya suka. sumpahhh. cite best lah. mmg rekaan kan? hebat. hehe

ateyn berkata...

nice entry~

sedey2

tp bodo...bunuh dri wt pe~

~cik tiram~ berkata...

best best..huuu..

Edward Ott berkata...

Assalam Alaikum

You have a great blog.

Yatre Hayati berkata...

ini true story ker?? ok....its hurt !! pity u

Cik Akma berkata...

percintaan agung. smpai ke mati rahmat.

.s.o.f.i.a. berkata...

sejak dua menjak nie lu nyer entri salu buat gua nanges..... naper hiro naper????
(naper aku cakap LU-GUA ni??? camcibai perasaannya)

Silent berkata...

yg ni aq suke.tp mcm............err..maybe next time.

asfira aminuddin berkata...

haha! seyes, bole bwat novel. ganti la ahadiat akashah. hihi.

suzie rahman berkata...

wah..gua respect lu der..ha2... jiwang abis..sedih lk cite ni.huuuu
sian rahmat

echah mashuri berkata...

61 nd!!demm

Aweyn berkata...

cerita ni buat saya tertarik tuk mbaca dr mula hingga ke akhir :)

♥CIK SHA♥ berkata...

la..rekaan ke??ingat cite betul..hiro boleh tulis novel la pasni..kui3..

apsal mamat rahmat tu bunuh diri??ngek betoi!!

liyana aziz berkata...

budusss!

Che Armster berkata...

aku suka baca entry ni dowh.. sila ambil tiket untuk AF peringkat semipro.. err ada ke peringkat semipro? aku tak pernah layan AF

Sachi Asukai berkata...

waaaaaa!!!!ingatkan tol2..lu reka ea..MANTOP ar!!slm singgah cni..hee.terima kasih hiro bg sy bc entry yang tacink^^

aesya_echa berkata...

waaa...kejamm!!
tp best..i like..
hehe~

mia berkata...

terbaekk la...budak laki tu xcacat kan?bule kot keje lebih sikit..tp xbole nk senang ckp je kan..sape xterasa kalu dpt msj dari kakak dia mcm tu..ayat seyes mnyakitkan hati..yg part bunuh diri tu mmg sgt xptot...btw, nice entry ni..

Fiq berkata...

lu jujur sangat hiro......wa dah boleh bau dari jauh..

apa2 hal pon..

gomo kelate gomo!

aLya berkata...

mintak jauh la dr pk nk bunuh diri neh..huhu

Heidi Shafiq berkata...

ish3..

Siti Mashitah Saidin berkata...

reka?? aiyark! mati2 ingat betoi~

si biskut berkata...

citer untuk skrip drama nie..

sastraboy berkata...

dah boleh bikin filpen gua agak.

tapi kalau bikin jugak, entah mana satu yang penonton ikut nanti.

pengajarannya, atau caranya?

adeh!

plumpy.tootsie berkata...

bodoh.

I.Hazwani berkata...

boleh buat ringkas dan padat lagi? xD HAHA

ziela salih berkata...

peh HIRO pae cer kamu buat tarikh dia kapel sama tarikh dengan gua kapel dgn ex gua?


gila cacad otak nak pikir.huarrghh

sakit hati gua dowh!

FIFIEY LYCHEE MARATION berkata...

serius syok sgt baca cerita nih, terharu pluss sedihh :(( huhu... tup tup, bukan kisah benar, tp at least terkesan juga di jiwa pembaca.. tahniah!

NuR 'aQiLaH berkata...

erk.
gua syak gua berkaitan dgn cita ni..
huwaaaaaaa.

*tiba tiba gua ter emo

Tanpa Nama berkata...

gua xmampu mmbaca kencang jadi gua baca macam siput.. gua mmg pntg betol xkire adam atau hawa y suka main2kan perasaan org lain..dala tu tmbah dosa lain: commit suicide..

(p/s:tp bgos jugak bunuh diri..jikalau hidup susakan org lain n kecewakan lebeh ramai kaum hawa)
so just die..wawawawa~

platipus berkata...

hik hik..hell yeah!!..setuju dgn kau yang tak da nama

hiro berkata...

itu yang rahmat rasa, dia xnk ramai laki ulangi kesilapan dia. dia harap dengan dia buat gini, semua sedar. grr..

Tanpa Nama berkata...

hiro..ni kisah ko...
-nekmo-

::wan fadhilah:: berkata...

ni kisah benar ko kisah tipu2?? tapi sedih gile...ksian kt laki tu.

Juelina Stanie (AJ) berkata...

kisah yg msh blaku kat real life =)

kata kila berkata...

sesungguhnya ku terharu :)

$h@h_Izn@n berkata...

hahahhah hnya manikam yang kenal jauhari...hanya bulan yang kenal dacing...
bro life is not short...

- zuriey - berkata...

sedih gak baca cerita ni.tiba2 teringat kat ex dulu

ooo cik eykin. berkata...

ahhh. tak hepy ending la!
hahaha.
btw bes cite kaw. hee

nurulizzahmohamad berkata...

terharu sehhh...!! tapi!!! tsk!! rekaan semata....huuuu

Siti Nur Aminah berkata...

nape nak plih nak bunuh diri lak..pilihla nak mencintai..bengong

sYaza berkata...

fuh...dup dap..dup dap..terbaik...menusuk kalbu..wkakakakkak

budak hitam berkata...

cuba kalau lu twist, kakak arissa yang sebenarnya nak dekat Rahmat? keh keh keh

Niaa Sameon berkata...

pjg sangat. malas nak baca.

Cik Daisy Gojoz berkata...

upss..!!! moral xbek si Rahmat ni.. name dah bguih..tapi xpat bertndk bijak.. hu2 hang ni hiro..dok cite pasl org yg aku xknal je..ce cite pasl org aku kenal..mcm aku ke..title entri "awex cun,idaman teruna" hahhh..bwu gempak..!! haha :p

Casa berkata...

jelaka...hahahaha...tapi ini menarik