Janjji Padamu

"Abang, mahu rumah cam ni"




"Abang, Abang balik lewat lagi malam ni. Kenapa bang?"

Gua diam seribu bahasa. Lantas;

"Erkk. Makan malam dah siap? Abang lapar. Hehe"

Gua cuba lari daripada soalan bini gua.

"Dah... dah sejuk dah pun"

Jam dinding jelas menunjukkan pukul 10.30 malam. Jam dinding hadiah perkahwinan daripada Kila.

Keesokannya, gua balik lewat lagi. Bini gua marah-marah. Sangat marah. Dia kata gua main perempuan lain. Pasang lagi satu.

Gua tahu, bila dia marah sangat, gua kena peluk dia erat-erat. Lepas tu bisik "Maafkan Abang" walaupun gua tak buat silap apa-apa.

"Abang, Abang dah makan kan dengan perempuan lain kan? Saya tak masak"

"Oh. Ok. Tak apa. Abang dah makan dengan kawan. Sayang dah makan?"

"Dah. Dengan Jenab tadi. Makan kat luar. Saya bosan sangat-sangat"

Perut gua bernyanyi kencang. Lapar sungguh tak terkira. Sejak daripada tengahari lagi perut gua tidak diisi.

"Macam mana mahu makan ubat. Harap-harap roti ada lagi la," getus gua dalam hati.

***

Gua cuba tutup pintu rumah dengan perlahan. Gua balik lewat lagi. Gua tak sedar sudah pukul satu pagi. Gua sudah tidak punya banyak masa lagi.

"Abang"

Suara mendayu dari arah ruang tamu.

"Sayang tak tidur lagi?" gua bertanya pada bini gua.

"Saya dah tak tahan Abang. Apa abang buat saya tak tahu.  Balik lewat. Dulu Abang tak macam ni. Napa bang?"

"Sayang. Jum tidur. Abang penat," cepat-cepat gua alih topik.

Dia sedikit merajuk. Dia mengantuk, tapi mahu membebel juga. Memang sifat perempuan mungkin.

Gua kucup dahi dia sebelum tidur.

***

"Abangggggggg....kenapa Abang tinggalkan Sayang...."

"Abanggggg...bangun Abang..."

"Sabar Puan Farisha. Faris Rosli memang sudah lama mengidap Leukimia. Dia minta supaya dirahsiakan daripada Puan,"
jelas Doktor Junaidi.

***

Seminggu berlalu. Farisha masih sedih atas pemergian suaminya.

"Puan Farisha, saya peguam yang dilantik oleh suami Puan untuk membaca wasiat dia kepada Puan"

"Ini pelan rumah yang dia telah berjaya siapkan sebagai cintanya pada Puan. Dia balik lewat malam kerana bertungkus-lumus menyiapkan pelan rumah ini"

"Dan ini geran tanah untuk membina rumah tersebut. Betul-betul dekat dengan tasik. Seperti yang Puan impikan semasa Puan bercinta dengan arwah kan"


Farisha tengok pelan rumah itu dengan sebak. Suaminya memang arkitek yang berjaya. Suaminya berjanjji mahu buat rumah untuknya. Ada juga suaminya mengajarnya dia baca pelan rumah.

Farisha&Faris terukir di atas bumbung pelan rumah tersebut.

"Abanggggg..."

Air mata Farisha gugur juga akhirnya.




Pengajaran: Jangan Meragui Cinta Sejati.

 
SukaNeka: Gua reka cerita ni. Best pulak buat cerita cinta ne. Ye dak?


85 ulasan:

cik hani berkata...

huhuhu.sedih la plakkk..lelaki sekarang.xleh caya laa..takut bila paka diri untuk percaya..cmne ni?

cik hani berkata...

oppsss *paksa

hiro berkata...

cik hani--jangan percaya lelaki selagi tak kawen dgn dia.

hamzah ian berkata...

heh

hiro berkata...

hamzah--cess..xbca lagi.

oranglidi berkata...

celaka.. cerpen yg membuka minda..

walaupun dah banyak drama melayu buat jalan cerita hero mati macam ni, tapi ni antara yg terbaik la.

[antor le kat sanggar seni berita harian tu. ada can menang.]

eqacashperlala berkata...

touching kowt cerita kau niiiii

~fais~ berkata...

huhuhuhuhu
mmg sedih...

tp hiro...
ade lg ke laki cmnie???

hiro berkata...

owanglydy--cess..



eqa--gua insaf.



fais--ADA.

adrinaqamarina berkata...

besttttttttttttttt sangat. haha

eh mana cerita kerana dia tu? grr

~fais~ berkata...

alhamdulillah..
sbb masih ade laki yg berhati perut..
:))

Fiq berkata...

hah! pelan ada, geran tanah ada..nak buat rumah pakai bulu kaki ke bang..??
duit mana bang?

hehe

hiro.. pesanan ko tu..kalau ko tak amal memang malanglah nasib badan!

Cik SHiNJU berkata...

a'ah iyer...best sgt citer ni..
sad ending.. :(

hamzah ian berkata...

heh.. gua dah bace

Ann berkata...

watak lu mesti bek2 jer kan..cuba pgg watak jahat lak

hiro berkata...

rina--nnt gua buat sinopsis..mls nk sumbung2...hii

Che Armster berkata...

demm.. aku igt cerita lawak..rupanya drama sedih panggung sabtu

*sambil kesat hingus* (tipu sahaja)

ciK LyndaWawa igUana berkata...

hii....

Aujinz berkata...

gua nak watak jahat next sekuel..

hiro berkata...

GUA TARUK COLIIIIIIIIII..LU MARAH..DEM.HAHA

nurul ain berkata...

hye hencek hiro : 1st tyme komen kat sini. tacing2 !

DuniakuAbstrak berkata...

sedih pilu betul..

apesal syahdu je nih?

meh sini meh

M.D 沙美美 berkata...

p/s: i love you. *tiba2*

sedih gak baca ni. T.T

Jelly Beku berkata...

hi can i follow blog?..hope u dont mind

K I E R A berkata...

Sad ending -.-

fatian athiea berkata...

suka bace smua entry..


cerita menarik umpama cerpen yang mau ditatap selama-lamanya..

buat novel la der.
ada bakat.hehe

♥CIK SHA♥ berkata...

wahhh..pasni tulis la novel cinta pulak..hohoho...

jalan cerita yang sangat cantik..tapi sad ending la pulak..but i like this story..^_^

ENCIK TIKUS MALAS NAK LOGIN berkata...

sedih lah jugak

FzaIbrahim berkata...

huhuhu..
betul tu.

iszieylyanziy berkata...

sedihnya :(

Bert berkata...

bler nak buat filem plak ni..bole beat lejenda budak setan

Ninie berkata...

suwitttt!

Intan Tengku Bokhairi berkata...

best kot tp hero mati. tak syok (':

miraellyna mls login. berkata...

mcm wujud cit................

balqish jaffri berkata...

ni kalau dekat india ni habis panggung kne bakar :D

nadia berkata...

pewwwitt..
entri...
thumb up sikit..


hope ade lagi lelaki macam tu kat dunia ni

cik hani berkata...

tu la...hampeh tul.cis!cis! ;p

Pinky Pixie berkata...

pehhh, sedih doh. da lame simpan bakat? buat la novel sebijik. konpem laku.. gwa support eh. dun worry.

Lya Colours berkata...

oi oi sedih la
huuuwwaaaaa =(

~ShaFiza~ berkata...

perghhhh..sedih gile citer ni..seorang isteri yang baik takkan pernah meragui apa yang suami dia buat diluar rumah lantaran sikap saling percaya-mempercayai yang kuat antara satu sama lain. chewah~ tapi isteri mmg sifatnya suke membebel kot..mata dah pejam pun mulut masih bercakap lagik mcm saya :P

.::WaNiE::. berkata...

laki camni dah pupus

babaiiii

y@n@ M!B berkata...

ko yg reka??

me love! ^_^

eiffel berkata...

laki camtuh susah nak carik skrg ni... -.-"

wat cerpen kasik lagik pnjg masti ramai yg xsabar2..


thumbs up dude

Amy Syaquena berkata...

morning..

laki macam nie dah putus, babye..

si biskut berkata...

Bukan semua lelaki saja2 suka nak buat tuh semua cuma pompuan jer kurang mau faham.

Aretikz berkata...

Terbaik la bro.. ahakz.. Ades.. ramai yg tak caya lelaki jenis mcm ni ada.. nak terbaik.. jadilah terbaik.. insyaAllah.. ahakz..

h a n i e berkata...

lepas ni lu cuba tulis novel pulak..ha

LadyRye berkata...

orang kalau jahat memang lambat mampus

kalau baik tu muda-muda dah arwah

yu yayang? agak2 bila yu nak melancong ke alam barzakh?

little ain berkata...

grrrrrrrr jiwang seh!

plumpy.tootsie berkata...

sini.gua nak cakap.

semua org fikir mcm tu.jgn beritahu,nnt isteri sedih.lelaki fikir tak betapa kesalnya seorang wanita yang ditinggalkan lelaki secara tiba2 tanpa dia sempat memanfaatkan waktu2 terakhir mereka bersama?

walau pemergian tu sedih,tapi lagi sedih bile kite tak dapat memanfaatkan detik2 terakhir dgn org yg tersayang.sekurang-kurangnya si isteri lebih bersedia mengahadapi kehilangan.

za petrelli berkata...

hahhahha.. terbaek weyh. ak bg 5 bintang ah. bleh buat novel ni..

holoh2.. sssuuuwwwwiiitttt

hiro dah mati.. nnt ak kumpulkan kucing2 ak. wat bacaan tahlil ntok ko

tia berkata...

harap2 suami gua nnt pnjang umor.

M I A J A M A L U D D I N berkata...

haha.. hero hero hero, bab2 mereka citer.. ^_^

M I A J A M A L U D D I N berkata...

haha.. hero hero hero, bab2 mereka citer.. ^_^

Mohd Nor Quiyyum berkata...

ceh ak egt lu cte btul td

.s.o.f.i.a. berkata...

adik hensem, pinjam bahu............. nak kesat ingus... *sob sob*

♥ mute storyteller ♥ berkata...

arh, hiro . jiwang .
wa terharu (T.T)

platipus berkata...

jgn meragui cita sejati?

pada pndangn aku la..kalau tak setuju, gi masuk jamban kira tayyikk kau..

sebenarnya, orang yang betul-betul appreciate cinta sejati, tak kan bagi peluang pada pasangan dia, untuk meragui cinta dia..

betul tak sifu..???

hiro berkata...

ayu tosey, kadang2 si suami terpaksa rahsiakan kepada isteri. mungkin prestasi kerja akan menurun. keh2.


gengster, emm..betul. cintailah cinta sejati.cewah. lu tu, ble nak bercinta..musim mengawan hampir abis. ehhe.

AyuE SurihanyOt berkata...

sedih syial crita ni..

platipus berkata...

aku tak jumpa orang yang betul-betul sayang aku la..semua nya tak ikhlas..shilake!...

bagi tunjuk ajar sikit..

plumpy.tootsie berkata...

kau tak fikir kekesalan si isteri.

:: cekodod :: berkata...

layan cinta lu ni

MOFASAD berkata...

apahal jiwang sangat?

fakingg lu sentap hati gua.. dari sentap ngan awek langsung takde sentap dah...

gua rindu dia...

fakinggg lu hiro!!

:(

GaDis CoMeL berkata...

drama usop haslam betui la

nadzirah aqilah berkata...

best2!! memang terbaik yopp!!!
sedih plak rasa.. sob3

Myra Arshad (: berkata...

grr~ aku sentap baca cerita ni. harap tak jadi kat aku :)

::cdot the dot:: berkata...

adoyyyy la.....

apsal lu buat cerita sentap ni tey???

syafiqah ezam shah berkata...

Cehhh sedih kott!haha

Lydia Miza(Aidyl Azim) berkata...

Sedih la pulak..insaf aku jap..huhuhu.Ehh bukan. Insaf sebenar2 nyer.Janji kena saling mempercayai.

ooo cik eykin. berkata...

sedihhh la cite lu.
gua sebak beb..
;((

Miss ... berkata...

nk rumah tepi pantai boleh? hahaha

http://www.youtube.com/watch?v=aFK3yl91qXY

try tgk ekeke :p

puteriqaizyan berkata...

buat sdri cite ni??
best3!!
len kali buat cite len lak.. :)

MissXYZ a.k.a Abaikan berkata...

perghhhh sempoi la... =))

ASaDa RyutaRo berkata...

hehehe.. best citer ko buat..

alexa yussida berkata...

clap clap clap! thumbs up ! buat la lagi:)

Yuni Aisyah berkata...

sob2...sedih2...tp pendek sgt la..lepas nie wat lg pnjg k..hikhik

Norziea AfiQah berkata...

sdehh neyy..

PinQib berkata...

T-t.. leleh ayaq hingus sebb makan megi ruski

syAzAnA berkata...

sejak bila lu pndai uat cerpen nie haaa? musykil gua. wee~

Linglung berkata...

janda kaya ni beb...kenal2 la dkt gua..keh keh keh

buat cerita cinta ni bila time malam2 baru marii.. ye dak?

ello berkata...

waaaaa... reka2 pun nak nangis... huaaaaaa

NuR 'aQiLaH berkata...

ciskek.
gua tacing bro.
huwaaaaaaaaaaaaaa.

...Aku tEtAp Aku..... berkata...

sedih...huhu

sYaza berkata...

wuuuuuu..sedih la cite ni....nak suami mcm ni jugak..tp x nak la yg part sedih tu...