Ayu Di Alam Magika 1


"Makkkkkkk... mana adik?"

Ayu terus ke bilik adiknya selepas melaungkan soalan pada ibunya yang sedang rancak memasak sambil melayan radio.

"Entah. Tadi ada di depan tu. Main guli" balas emaknya tenang.

Ayu yang masih berbaju sekolah berkejar ke sana ke sini mencari adiknya.

"Ping. Mana Malik?" tanya Ayu kepada Ping. Landak yang baru dijumpanya semalam. Landak betina yang terkena perangkap untuk tangkap ayam hutan.

Ping buat tak tahu. Senyum kecil sahaja Ping sambil meneruskan aktiviti mengali lubang.

"Pingggg... Malik mana?" Jerkah Ayu. Suara ayunya lantas bertukar.

Serta-merta Ping naikkan durinya tanda tak berkenan dengan sikap Ayu yang suka jerkah-jerkah.

Nampak Ping tiada reaksi nak jawab soalannya, dia terus ke halaman depan. Di situ ada kebun rambutan bilik arwah ayahnya. Malik suka benar bermain dekat sana.

"Di sini tak ada," bilang Ayu dalam hati.

Sayang sungguh Ayu pada adiknya, Malik. Dia begitu menyayangi adiknya kerana dia sudah lama menjadi anak tunggal. Selepas 10 tahun barulah emaknya melahirkan Malik. Maka, dia berjanjji akan menyayangi adiknya sepenuh hatinya.

"Hah! Dekat sungai belakang rumah," lalu Ayu berlari sambil angkat kain sedikit.

"Adikkkkkkkkk... Adikkkkk..." laung Ayu kuat. Ternyata launganya tak berbalas.

"Adikkkkkk... Malikkkkk..." Ayu masih berusaha.

"Cucu mencari adik cu?" bicara seorang pendeta tiba-tiba ada dibelakang Ayu.

"Fuhh. Terkejut saya atuk. Ye ye. Atuk ada nampak adik saya tak?"

"Panjang ceritanya... biarlah Atuk terangkan yang mana penting dulu"

Ayu nampak gelisah.

"Adik cucu sebenarnya bakal jadi Raja Di Alam Magika. Alam Magika ialah sebuah alam penuh magika dan tipu muslihat. Segala yang tak pernah lihat di alam kita," jelas Pendeta berusia itu.

"Tapi adik saya?"

"Cucu masih boleh sempat menyelamatkan adik cucu. Tapi perjalanannya sungguh berbahaya dan beronak duri. Cucu sanggup?" soal Pendeta tersebut.

"Apa saja untuk kembalikan adik saya" jawab Ayu yakin.

"Jiwa waja cucu ni. Mari ke mari. Atuk mahu tunjuk sesuatu pada cu"


Ayu berjalan menuruti langkah Pendeta Nan Duka.


27 ulasan:

Hwa Whid berkata...

paddle pop ala magika sedap, haha

echah mashuri berkata...

err..errr..nak komen boleh?

nurul ain berkata...

hihi.

kembatolo™ berkata...

keh2.

Anisa Hang Tuah berkata...

selamatkan beliau

amiYo berkata...

kemah keming cerito hiro..haha..
gua akan follow citer lu ni bro...
nampak cam best je..haha..

dayah SnoW Heuka berkata...

hahaha da mcm harry potter da..

imperius!! ting~~ :P ehehhe

New Entry "ada duit tak??"

dayah SnoW Heuka berkata...

update la lagi eah.. na thu gak pastu ape jadi huhu

.sweet-ants. berkata...

wehh best2 cpt sambung
terangsang ni

biella93 berkata...

alam magika ?? ahhahahhahaha

ishiko berkata...

OOOOoo... pastu?? pastu???

chemay berkata...

then then??
apa jadiii

Mohd Nor Quiyyum berkata...

bersambung...

JIJI YU berkata...

pe kate ko sambong dgn segera

A.S.T.I.N.A berkata...

Saya pasti selamatkan adik saya!!!

dylli berkata...

apakah?
HAHAHAHAHA.
buat hati tertanya-tanya adakah ia cerita yang serius atau sebaliknya.
tapi mukadimah macam serius.
HAHAHAHA.. :P

♛ nadia the blogger berkata...

belom katam magika versi movie lagi

diRa berkata...

sy pon syg adik2 sy.

.::WaNiE::. berkata...

ahhhh sudahhhhh !

Tuan Din berkata...

Ayuh kita ramai2 tolong ayu cari malik!!!

ika berkata...

malik di alam fana .

fatin umira berkata...

laa bersambung ke.

Akulah Aqilah Itu berkata...

Ping tu landak aku!

yuyu berkata...

aku 3 ari berturut2 tgk magika..kasi meletop ini story okeh?keh keh keh..

cik @ien berkata...

sedang menonton magika. ngeee~

eiffel berkata...

ini cerita magika ker narnia ni?

gedik lar lu...men sambung2 plak xP

~qiFFara~ berkata...

ni kompem kes terpengaruh ngn cite MAGIKA nih!!!
ak pon baru je tgk cite tu~~
hhahaaa