Peribahasa 1: Cari Orang Pakar


Cahaya mentari sipi-sipi menghunus ke dalam bilik gua. Burung sedikit mengintai dari luar tingkap gua yang berbokser tapi berselimut. Kipas yang berkejar lembut sesama sendiri itu gua tatap laju. Gua patah-patahkan jari sopan.

Pintu bilik masih diketuk.

Gua tengah berkira-kira nak bagi pelempang ke penendang pada empunya tangan yang sedang ketuk pintu tu.

Ah. Pesen setan, kalau tak dibuat... memang sampai mampus la diketuknya.

Gua jalan malas menuju pintu.

Tok Tok Tok. Bunyi yang tenang tapi menyakitkan.

Member gua yang lengkap berbaju dengan 'sweater'. Baju dalamnya ada baju t-shirt Pulau Pangkor yang ada tapak kaki.

"Okay tak aku dressing macam ni?"

"Emmm," jawab gua ringkas.

Masuk kali ini, dah tiga kali dia tanya pendapat gua mengenai 'dressing'.

Penampilan pertama adalah penting baginya. Pukul 11 nanti, kali pertama dia jumpa bakal aweknya. Kalau jadi, terus kapel.

"Dia kata, dia suka lelaki yang bersukan. Kalau bersweater luar ni nampak macam sportman dah aku rasa" sambung beliau lagi.

"Tapikan... macam tak masuk je baju aku dengan..." dia cuba meneruskan kata-kata.

Dia tak sempat habiskan kata-katanya lagi. Terus menerus gua bagi penendang kena dadanya. Tambah lagi satu tapak kaki dekat tapak kaki baju Pulau Pangkor.

"Kau ingat aku budak fesyen ke? Aku budak engine tau. Budak engine. Tak pernah belajar pun pasal dressing ni. Kau pakai la apa yang kau rasa ok," jerkah gua.

Dia yang terduduk akibat penendang kencang gua mengangguk lemah sambil air mata mula menitis.


Berdasarkan di atas, jelaslah peribahasa 'Bagai penendang dipagari bintang'

Maksud: Penendang seseorang yang tiada bandingannya.



42 ulasan:

miss Fyqa berkata...

hehehe.

zAty si gAdis riAng !! berkata...

hiro ngeng! hahaa

MATAHARI berkata...

woha! ok lettew. kita budak engine!

niesz berkata...

mmg nk lempang je kalau org tnye soklan mcmnie..pkai je la ape yg rase selesa..kecoh tul..hehe..

Zul UnicBoyz berkata...

ok. bertambah ilmu hari ni

dak eina berkata...

nay0 ko saim.. hahaha

♛ nadia the blogger berkata...

ahahah~

FIFIEY LYCHEE MARATION berkata...

mama kata tendang2 tak baik, tapi hiro kata, kalau dah geram, bagi penendang terbaik:p haha

lini hasnan berkata...

hiro yang hero. kirimkan salam kesian buat sahabat kena tendang.haha

Azwan Azmi berkata...

ape ni oit...rosak peribahasa..hahaha

dyah pinky! berkata...

haha. :)

ROFL

Encik Tikus berkata...

ceh

Bella ♥ berkata...

hakhakhak lucu sungguh! ;pp budak engine tak leh gegarang ngok! kene COOL! :))

biskut berkata...

haha!patut dimasukan peribahasa tuh dalam perbendaharaan kata bahasa.

gua bagi penendang lu kira bintang...

dylli berkata...

choii.
kejam punya kawan. :P

hamzah ian berkata...

aku budak engin hensem

grubby person (^_^) berkata...

cop tapak kaki adalah seni !! hahaha

grubby person (^_^) berkata...

cop tapak kaki adalah seni !! hahaha

kembatolo™ berkata...

kejam giler ko hiro..
matik la budak tu.. haha

diNa de SoLa berkata...

hahahaha..lawak2..
mmg sportsman laa kwn ko 2..
nnt bley btau awek dia,tapak kaki ag satu kt baju 2 dpt msa maen bola..
hahaha..

A.S.T.I.N.A berkata...

Bagi nombor tlepon kawan anda pada saya boleh? saya mau pujuk beliau...

Kenapakah saya menangis baca entry ini..? sedih ouh kawan tu..

** anda berbakat buat nvel**

dyba gula-gula berkata...

hahhahahaha.... poyo!

JIJI YU berkata...

hiro aku reka banyak jugak peribahasa ngan pepatah baru ni..tapi aku tak tau nak wat entry camno

hiro berkata...

buat je jiji.

K I E R A berkata...

MEMANG GANAS.

Mya Amira berkata...

haha, kalau iye pon awek suke laki bersukan tak perlu kot pakai bju cm tu.. haha.. adoi..~ sape la tu..

adrinaqamarina berkata...

budak engin memang tak tau fesyen ke? bukan ke budak engin ke paling stailo :P

kahirie berkata...

huhu....

Nur berkata...

nasib baik kawan aku tak macam nih..:D

vampire's lovex berkata...

gila ganas. budak engine ke army neh? hue hue

hiro berkata...

rina-- ye. cool sgt. tp kalau kacau tdo tu. mmg cri nahas.


pelangi--sekolah dua alam.

Tuan Din berkata...

yehhh!! Hidup Engine..
Dak UiTM ker?
'Hidup 'HELL ENGINE'...

Amiey White berkata...

terbaik , kalau amiey koyakkan baju dia sekali hahahaha

idAti mALek berkata...

oish kesian beliau yg terbabit,....

tim berkata...

budak engine cool..!

ain gojes berkata...

budak engin selalu kapel ngan budak comp. hahaha

♥CIK SHA♥ berkata...

biar betol ko tendang die weh??bapak kejam oh..

NOOR FATIN berkata...

kejam giler hiro! haha

bantalijau berkata...

no komen~

maxi rosli berkata...

wah terbaek ye tentangan ko bg bro aku dulu pun penah gak kena tendanggan tanpa byng masak bro mkn bubur 3 hari..hahahahaha kes cilap tegur awek la...

hamzah ian berkata...

keh keh

ciK fLower meLawEr berkata...

hahahhaha penapak gajah ko bg..hahahaha