Dah dua hari Ica masuk darjah satu. Comel kemain ketika keluar rumah. Bila habis kelas, pehhh. Macam anak hantu. Comot. Baju sekolah dia, gua rasa kena beli empat helai. Gua pun pelik, bini gua hantar Ica sekolah rendah ke, sekolah buruh. Macam kerja baiki longkang pun ada.
Pergi pagi kemain nak bertudung. Baliknya tudung buat lap peluh je.
Budak-budak, ye dak?
Hari ini gua kena ambil Ica dari sekolah. Bini gua ada meeting dengan ketua-ketua doktor bersekutu.
"Abah-abah. Tadi cikgu BM Ica tanya pekerjaan abah dan mama" beritahu Ica selepas masuk dalam kereta.
"Ica jawab pe?"
"Ada kawan Ica tu, ayah dia pelakon drama bah"
"Siapa?"
"Nen nen nen. Ica tak ingat nama dia"
"Ica cakap apa kat cikgu abah keje apa?"
"Nen nen nen. Ica tak ingat abah keje apa. Lupa. Mama doktor kan bah?"
"Susah nak ingat ye? Jurutera. Biasa mama duk cakap engineer tu. Ingat?"
"Nen nen nen. Lupa. Hehe"
"Dah tu?"
"Tapi Ica cakap abah blogger. Abah femes. Cikgu Ica kenal abah. Dia tanya apa nama blog abah. Ica jawab la Akal Tunjang. Terus dia cakap dia kenal"
"Oh. Ica nak makan apa?"
"Mekdiiiiiiii.." jawab Ica tanpa berfikiran kencang.
Gua senyum bersahaja. Ada peluang dapat bini cikgu gamaknya. Gua ingat nak tumpu kerja je lah pasni. Cikgu BM layan blog gua. Nak baiki kosa kata lettewww... Keh Keh Keh.
Lagi satu, 'nen nen nen' tu. Mana dia belajar?
60 ulasan:
haha.. comel je!! :)
haish ! bapak dengan anak sama-sama busuk . haih , abah Ica ni le ! haha . nen nen nen . terok .
nen nen nen ? aku pon tataw tu hape. macam jeng jeng jeng je kan ??? hahahaa
ica cakap nenen.
mari bestulkan kosa kata beliau
Hahahaha,,, sempat lagi anak promote blog bapak dia...
pergh.. tapi nape engineer mesti kawen dengan doktor?
hakhakhak blogger femes. keh3. tulis dalam buku anak nanti tau..kekekek
nen nen nen. lain mcm je.heheh
nen nen nen apa. ea blog ni biasa lah pujaan gadis . hee
haha.gilak.lu kne aja ica bebaik der.haha.kang abeh die kluor ayat pelik2 pulak.hehe.
yeah! ica ada mak baru nnt :P
sengal la ko ni hiro...
xpe2..selagi boleh kawen, kawen..jgn wat maksiat..
hahaaa..comel laa ica nie..
nen nen nen 2 mestilah ayah dia yang ajar..hehee..
pikap gaban kepale hotak bebudak ni..ehehe
aku la cikgu BM itewww...eh bukan iteww.. itu..baru cikgu BM
hehe, pengaruh rakan sebaya mungkin~
mama ica doktor ye?
cubit pp mau?
okay. aku baru tau hang ade anak. apela aku ni kan =.=
pehh . bak kata pepatah, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke perut . wahh, berperibahasa . sila suruh cikgu BM tersebut memberi markah yang tinggi yeeee . :)
bongoknya kau.
ekeke.
nen nen nen. hahha. ica nih.
haha..
cikgu bm ek~
ica nak belajar kira-kira tak?
cikgu jugak ni ^_~
comelnyer ica...cikgu kenal blog nenek x?huhu
wakaka , aku rasa mcm nak pegi skolah aku tanya cikgu kenal akal tunjang takkkk . hahaha
ha ha..... cute la lu ngan ica...... bini lu cute tak hagak2 nyer??
oo.. bini lu doktor eh?
sama macam bini wa. haha
nen nen nen tu lagu ape weh??ahaha..
nen nen nen
nen nen nen... apekah??
haha
ica pandai bodek!
nen nen nen tu kejadah ape?
hahaha.
ica neh.
hahahaha. comel gila ica. harap secomel cikgu nya :D
comey nya ica. adeh.
hahahaha ica skolah kt ner?? :P
suka betul aku baca sal ica nih...teruskan..muahha..hilang tensen study
berangan!!!hahaha
Nen nen nen.
Ica belajar dekat blog abah.
Seksualitimerdeka.
nen nen nen ;))
ica comel macam mak dia..
hehehe..
hahahaha..klakar..comel je..
ske ble hiro cter sal ica...
comel je aser.... huhuhu
haha! pesen nak anak dulu,baru nak bini...
rock je panggil abah. nen nen nen nak mekdi abahhh! abah gatal ouhhh!
hoo ica sdap name tuh
"ada peluang dapat bini cikgu"
lu lupa letak number "2" dekat situ
hahahahaha
ica belajar dari lu la wehh.haha
nen..nen..nen..keh3...sumpah cumel gilak...
otak aku secara otometik berimaginasi sal ica nieyh...
hahaha.. cayalah abah :P
wajib!
nen nen nen..?
gagap kah anakmu?
hehhehehe ica...ica.....nanti ajar icha yer....
salam kenal dari mira..:)
Femes sungguh papa Ica ni.
kalau hari2 ica mntk mekdi cmne?
hehe.. bagus la Ica ni..
bila nak cerita pasal bini? nen nen nen
halooo! ica da naek skolah yer !! haHAHA
damn, kantoi lah i cikgu anak u tu. ahaha
i mmg nk bewlaja kosew katew kat blog neyy :P
hehe...kiut larr...
nen nen nen??
kosa kta baru kot...
hahaha ~ ica suke mekdi eeiyhhh~~~~
nen nen nen...macam bby mntak nenen daaa..
Salam Hiro,
Aku yang sedang stone mengupas dan mengunyah kacang rebus hampir histeria selepas terbaca entry kau yang ni. Memang cute. Aku takde nak komen amender sebab dialog ni dah complete. Cuma aku sarankan agar kau buat 2 hingga 3 entry sehari sebab tak puas baca tulisan kau.
Jangan lupa sampaikan Assalamualaikum aku kepada Ica dan isteri kau. Selamat berhujung minggu!
http://aderberani.blogspot.com/2011/01/komen-kepada-ceritera-5-ica-dan-cikgu.html
Catat Ulasan