Memori Cinta (Akhir)


"Abang ingat lagi tak? Yang Abang kata Abang tak cinta Sayang? Sayang terkejut betul. Sebenarnya Abang nak kata Abang tak cinta Sayang saja... tapi Abang setia. Hehe. Sayang Abang"

"Budak-budak je bercinta saja, Sayang. Setia harem"

"Sayanggggg Abang... peluk leh?"

"Wekkk!"

"Jahat"

"Haha. Dah la. Jom makan. Emm. Lapar da ni. Nak berapa senduk? Malam ni, abang jadi 'Butler'. Hehe"

"Dua senduk je. Nanti gemuk"

"Dua senduk Sayang minta. Abang bagi tiga senduk percuma. Jadi lima senduk. Haha"

"Abang! Tak mauuuuu..."

Mereka makan sambil disusuli gelak tawa. Bebola mata Afiqah turut menguntum senyum melihat latah suaminya.

***

"Doktor Haslan. Kawan saya berperangai pelik. Dia selalu cakap sorang-sorang" ujar Suraya.

"Maksud Cik Suraya?"

"Emm. Ada minggu lepas, dia mahu belikan suaminya hadiah. Balik awal sebab suami dia demam la. Suami dia tanya bila saya mahu kahwin la. Tapi suami dia sudah meninggal dunia. Setahun yang lalu" terang Suraya.

"Meninggal sebab apa?"

"Keracunan gas dalam laluan bawah tanah. Suami dia pegawai OSHA. Dia membuat pemeriksaan di sebuah kilang. Tapi terlibat dalam kecelakaan" tambah Suraya.

"Oh. Kesiannya. Mungkin dia tak dapat terima kenyataan suami dia sudah meninggal"

"Tak doktor. Dua bulan lalu. Okay ja. Lepas dia dapat tahu dia sudah peringkat akhir barah payudara. Dia jadi macam ni"

"Dia ada barah payudara?"

"Ye. Muda lagi"

"Usia muda pun belum tentu jaminan tak ada. Mungkin dia buka satu kotak imaginasi. Dunia dia dengan suaminya sahaja"

"Hah?"

"Hmm. Cik Suraya harus menemaninya untuk sementara waktu. Boleh?"

"Baik doktor"

***

Afiqah Najwa sebenarnya sudah bergelar janda. Suaminya sudah mati. Afiqah seakan tidak dapat menerima suaminya sudah pergi.

"Fiqah. Kau nak pergi Paris?" tanya Suraya selepas sampai rumah Afiqah.

"Ye Su" jawab Afiqah ringkas.

"Buat apa?"

"Bercuti"

"Kau tahu kau sakit kan. Kau kena terima rawatan. Jom ikut aku ke hospital"

Suraya terus menarik tangan Afiqah.

"Su!!! " betak Afiqah kuat.

Terus Afiqah menarik tangannya kuat.

"Kau sakit kan. Kau akan mati kalau kau tak pergi hospital. Aku tak mahu kehilangan kau Fiqah!"

"Aku memang akan mati pun! Tapi aku mahu memori cinta aku kembali. Aku mahu bersama suami aku, sebelum aku pergi"

"Fiqah..."

Ye Su. Aku sedar. Kau nampak aku pelik kan sekarang. Aku tahu suami aku sudah mati. Aku tahu Su. Tapi sebelum aku menutup mata. Aku mahu ulang semua memori aku dengan dia. Daripada kami mula kenal sehingga hari terakhir dia tinggalkan aku. Aku sudah tak ada masa Su," rintah Afiqah dengan nada sayu.

Mutiara jernih Afiqah Najwa mula menitis.

"Fiqah..."

Suraya turut menangis sama. Dia nampak Afiqah Najwa kian lemah. Terus dia peluknya erat-erat.

"Kenapa dia tinggal aku Su. Kenapa. Sekejap sangat dia tunjuk cinta dan setia pada aku Su. Aku tak puas Su. Kasih dia sangat mendalam Su. Aku lemah tanpa dia Su.

Suraya hanya mendengar keluhan Afiqah.

"Mana janjji dia nak jadi ayah yang bertanggungjawab Su. Mana. Dia sudah jadi suami yang baik. Suami yang paling sempurna"

Makin laju air mata Afiqah keluar.

"Sabar Fiqah. Ada hikmah tu" pujuk Suraya.

"Kenapa Tuhan tak ambil sahaja suami orang lain. Yang tak bertanggungjawab tu. Kaki botol, kaki judi tu semua. Kenapa mesti suami aku Su"

"Dah. Dah. Flight kau pukul berapa ni," pujuk Suraya sambil kesat air mata Afiqah. Air matanya masih belum sempat dia kesat.

"Lagi dua jam"

"Okay. Okay. Aku hantar ye. Korea kau pergi tak?"

"Pergi Su. Itu tempat 'anniversary' kami yang pertama."

"Okay. Kau jaga diri taw. Lepas balik Malaysia. Kau pergi mana?"

"Balik kampung. Rumah aku. Memori cinta aku dan dia mula tersemi di masjid kampung aku"

"Okay. Jom makan. Lapar la"

"Kau ni. Okay-okay je. Hehe. Tapi, buruk benar kau nangis." sakat Afiqah.

"Kau lagi buruk. Haha"

Mereka gelak sesama sendiri. Afiqah masih boleh ketawa dalam menangis. Suraya memang kawan sejatinya.

Selepas mengunci pintu rumah, kereta Suraya mula menghala ke KLIA.

"Abang, memori cinta Abang pada Sayang. Sayang tak pernah lupa..." hati Afiqah berbisik.



SukaNeka:

Para pencinta novel, apa salahnya sertai kontes ni;




52 ulasan:

adrinaqamarina berkata...

memori cinta luka~

huk3.

tunggu sayang di syurga nanti~ :)

Sca Ndx berkata...

sedih . wwoooo. nice story hiro :)

Tanpa Nama berkata...

sedih wehhh. bak tisu cepattt!! huk3

ENCIK TIKUS berkata...

haha aku dah lama tak nanes woo, nice entry

dak eina berkata...

kalo la sy dpt laki yg setia mcm suami dia.. alahaii

Dearie Pearls berkata...

tersentuh lak gua..
alahai....

sedih den..

Tanpa Nama berkata...

nice. tapi belum berjaya nangis.

Noor Fatin berkata...

sedihnya. sob2

Nur berkata...

wah..nasib baik pompuan tuh tak gila..dia sdar la kan ape dia buta..
sian dia....sob3

Duniakuabstrak berkata...

perrghh..so sad to the bom bom

kalau aku da tau kronik gi berusaha berubat

besa la manusia macam2 jenis

ni kes ikut emosi, cinta yang terlalu dalam sampai ikut emosi dari logik akaL

noveL bila nak keluar ni weh? haha

Wahida Nasution Thakhrim berkata...

sob3.. sedihnya..

dyba gula-gula berkata...

i love your story la bro!!!

M I A J A M A L U D D I N berkata...

='( sobsobsob..

Amir Syahir berkata...

ayul--novel? keh2..tak pandai.

Amir Syahir berkata...

keh2..asik2 epy ending je..kadang2 kita kena bersedih juga..baru hargai nilai kegembiraan..ye dak?

Kay- berkata...

alaaa.....sedeyy....:(

eqacashperlala berkata...

sedih kowt ending cite ni
aku baru berangan nak tekel Ahmad Rohaimi
tapi dia dah mati....

two-thumbs-up-up :)

Kik0 ♥ QiLaH berkata...

eh eh akhir?
alaa fiqah mati ke x? huu

Amir Syahir berkata...

hehe..sabar ye kak rin.


eqa--keh2..amacam? stail tak gua twist? mesti teka baik punya ending..ahha..


qilah--mungkin mati. panjang atau pendek je. sbb ade barah kan..

abyahuys berkata...

huk!!! sedih nye!!! xske3!!! nak nangis bace... waa~~~

Ziro berkata...

Pehal tiap-tiap kali baca rasa macam hiro ialah suami beliau? Sedih benar cerita ni.

♛ Rose Wolfsbane berkata...

ada butang like tak ? huhu

niesz berkata...

waaa...sedey nyer..rupe nye husbnd die da mnggl..cian nyer..

NURUL AIN berkata...

sedih !

little ain berkata...

luka sungguh,

*gumpal2 tisu* ;p

Anis izyan Abd Rahman berkata...

suruh la fiqh pg mekkah !!
cari ketenangn
wat pe gii paris~~
hihi

lady-D berkata...

wuwuuuuu..tacinggggg..pandainye beliau wat cite..

Tanpa Nama berkata...

sob sob sob...
gua sedih bro..

vampire's lovex berkata...

lorhhhhhhhhhhhhh..baru nakbajet pmpuan tu mati..hua3

Unknown berkata...

muehehe..aku jadi tak keruan..

Shahada Fauzi berkata...

woi..ape ni wat cite sedih2..wuuuu..


nanti ko buat koleksi eh..pastu jual..aku nak beli!!

♥ Juliana Violet ♥ berkata...

Hiro... kenapakah anda selalu buat cerita yang sedih???
sob sob sob... ='(

nice story. :)

Anati Soki berkata...

giler hiro. anat tgk cm cita korea doooh. kantoi ko layan korea hiro.. wakakakakak w

aien berkata...

sengal!! hampir menitis dah tadi.. sob3 T__T sedih..

piNky LuCiA berkata...

tak dapat bayangkan jika aku kehilangan dia. huhu.

NAJ HEBAT berkata...

best.

Tanpa Nama berkata...

ohh~

sYaza berkata...

sumpah terbaik cerita ni..oowwwhh.....meleleh2 air mate aku!!!haish..nice..best2.

Verdict berkata...

korea?!!

ko mmg paham selera aku!

alexayussida berkata...

pergh~

sedeyh gila kalo jadi cmni..aduhaii

Ain Zulaikha berkata...

kan bagus kalau afgantang boleh setia dengan saya.. hahahahaha

Aweyn berkata...

sedih T_____T

ika berkata...

acece . hee .

Miss AZ berkata...

afiqah memang tabah kan.. ;)

.:: yUki a.k.a f@Ra ::. berkata...

peewwitt2!!
wat citer tangkap leleh la plak hiro nih~


wat saspen je!ak igt fiqah tu dah giler td!

Myra Arshad berkata...

bestnya p holiday. hahaha *tetiba*

De' Nurul berkata...

eh nanges. nyampah lah T__T

Dyna Yvonne berkata...

fuuuh~
aku bdoa agar aku pon dapat cinta sejati mcm tuh.hoho.

Nurul berkata...

alaa...knp sad ending.....aku da sngt hepi baca part 1......~~~~~~

Amir Syahir berkata...

xleh epy ending selalu..hehe

mila berkata...

best

Tanpa Nama berkata...

sedey nyerrrrr...T_T