Bertemu Dua Blogger


Gua jumpa dengan blogger tersebut dalam pukul lima petang. Kebetulan dekat kawasan blogger tersebut ada pasar malam. Sempat juga gua beli serbuk kopi untuk jamuan nanti.

Gua tak pasti blogger ini perlukan bantuan Bersamamu ataupun tidak. Hal ini disebabkan semasa gua tiba di rumah mereka, mereka berdua sedang makan nasi putih dengan ayam goreng serta sos Thai.

Setelah di temu bual, ternyata sos Thai itu hasil titik peluh yang murni. Mereka dapat sos Thai percuma selepas makan Kentaki Cawangan Manusia. Tambah mereka lagi, di atas meja mereka makan ada dua sos Thai. Apalah sangat jika dirembat satu.

Lagipun bukan jarang mereka dapat pekena kentaki. Ketika gaji masuk ataupun dapat ihsan awek masing-masing. Biasanya si Brader Lep Lep penyumbang bekalan sos Thai.

Mereka begitu yakin jika mereka pergi Kentaki Cawangan Bunian, di mana Para Ikan Duyung dan Jin-Jin selalu lepak. Di sana ada kicap. Untung-untung mereka dapat rembat kicap. Tak la muak sangat asyik pekena sos Thai ja.

Ruangan dapur memang mengharukan. Tikus dan Lipas bermaharajela. Tikus dan Lipas bekerjasama membentuk komuniti dan ekosistem yang stabil. Di mana mereka menghalau semut supaya tak mencuri hasil makanan. Domain disana ialah Lipas.

Sebab itu salah seorang blogger itu dapat berbual dengan ketua pertahanan Lipas. Yang bernama Cikaro. Mereka berbual dengan baik. Sindir-menyidir perkara biasa bagi mereka berdua. Yang suka cakap dengan Lipas ialah Brader Cha.

Hati gua hampa. Selama ini mereka tak pernah ada sistem pemanas air. Serbuk kopi itu gua bagi pada Lipas. Gua harap si Cikaro ceritakan jasa gua pada anak cucu mereka.

Setelah bersalaman dan mengatakan 'gathering' ini sungguh happening, gua blah.

"Walaupun mereka kutu, mereka ada blog. Menakjubkan," getus gua dalam hati.

Ternyata ini adalah mimpi gua di siang hari. Celake.

Persoalannya, sampai ke mimpi kutu ni cari gua. Mengapa? Mengucap panjang gua.


27 ulasan:

eszol berkata...

hahahaha

gua baru paham

biskut berkata...

mereka juga punya mimpi yang sama...

kahirie berkata...

perjumpaan tergempar??

Fateen Insyirah berkata...

Jangan tidur . mari berzikir bro hakhakhak

A.s.t.i.n.a berkata...

Pengajaran pertama: Jangan selalu berfantasi...

Pengajaran kedua: Cikaro kesunyian..

Pengajaran ketiga: Sos Chilli Thai KFC tu sedap kan..? Ade wedges jugak tak semasa gathering..?

Mohd Nor Quiyyum berkata...

ak x fhm la hiro hahahaha

misz molecule berkata...

hakikatnye







cmner cerite sbnar ni??








cew cerite cew cerite

JIJI YU berkata...

lu tak basoh kaki ke tido..ke lu tak ambik wudhuk nak tido

Biela Sapine berkata...

Haa haa ? Apaa ? Apaa ?

- GC - berkata...

lebih baik lu mimpi basah je bai

cikpia berkata...

sedangkan makcik tua sorang lam iklan tu pun bley beli bangunan besar, apalah sangat takat 2 kutu tu ada blog.... he he..... nothing is impossible bro!!!!

Brader Chacha berkata...

biasanya kalau dah terbawak2 ke mimpi tu bermakna rindu..rindu kat gua leww teww

Aweyn berkata...

mmpi di saing hari sllunya akan jadi realiti.haha

hanna iymeera :) berkata...

mimpi ke? ciss , hehe . ingatkan jmpa betul , bau nak join :P

saljihitam berkata...

peh jenuh aku nak memahamnye.. takpe takpe. kim salam je lah kat cikaro tu ya. sedap name dia. huahaha

dyba gula-gula berkata...

achummm!!


macam mne nak paham kan cite ni ek?
haha...



(sambil lap2 ingus);p

Shina Jelita berkata...

first time baca entry sampai lima kali. nasib baek paham~

NOOR FATIN berkata...

aku mcm xpaham je. hakhak kutu berkenan dgn ko kot :P

hiro berkata...

mmg tak faham..gua sendiri pun xfaham..wakaka..mungkin ini gua tulis time mimpi..haa

ANATI SOKI berkata...

ceh. mimpi.. adeyh!!! gua tertipu!!! gedush!!

Brader Chacha berkata...

lu tunggu cerita gua mimpikan lu pulak

Cik Nurul Idayu berkata...

says: hahahahhaha, lawak gile arg... (dak bwu at blogger)

ika berkata...

ohh , aku dilema .

Sca Ndx berkata...

jap...
mimpi ke apa ni?

ch0mbi wan ken0bi berkata...

kepsi~

nyit2>_<"

hiro berkata...

arghh..gua tulis entri guna otak kiri sikit lu orang tak paham..grrr.

ini mimpi gua jumpa cha n lep la.

wannurfazrini berkata...

x sgka kutu ada blog . kah kah kah !