Seminggu Pertama (PPS)




Pagi yang indah. Arnab berenang dengan bantuan ikan keli. Kura-kura terbang dengan pertolongan dua ekor burung helang. Belalang mengajar itik melompat di sertai kancil. Begitulah harmoni ekosistem dekat kampung gua dulu. Kini, ikan keli pun makan ayam. Ekoran tiada makanan bersih. Order ayam kentaki daripada cawangan kentaki milik bersama bunian-ikan duyung.

Pada 21 Mei 1989, ataupun 15 Ramadhan... lahirlah anak ustaz Yaakob yang ke tujuh. Menangis berlagu selepas disambut bidan Mak Kiah. Gadis berusia sehari. Oh. "Ada kote, lelakiiiiii..."laung bidan Mak Kiah. Lelaki berusia sehari sungguh kacak daripada kecil. Gua la yang lahir tu.

Ayah gua tiada ketika gua lahir. Abah gua sertai orang kampung halau babi dalam sawah padi milik Pak Noh. Kakak atas gua sedang bagi landak makan terus bergegas ke bilik mak gua.

Selepas seminggu, terjadilah detik hitam. Peristiwa pahit dalam hidup gua. Iaitu gua digigit nyamuk. Memang celaka. Gua yang kiut ini dibahannye mentah-mentah. Habis merah badan gua yang dulunya putih melepak.

Itu sahaja pengalaman pahit gua. Kalau nak kira, kakak nurse yang selalu datang jenguk mak gua pun ade cium-cium gua. Siap peluk gua dengan erat. Gua tak pasti itu pengalaman pahit atau manis.

Sekian. Itu sahaja lah dapat gua kongsikan. Dah cukup sebak dah ni. Nak pinjam dada boyeh??? Eerrr... maksud gua nak pinjam bahu.

Pengajaran:
1. Gua malas nak cerita pengalaman pahit yang betul-betul, sebab tak ada orang kisah pun kau mati ke hidup ke ennn?
2. Susah doe nak cari kawan boleh kongsi pahit. Kalau ada pun, member nama dia Paa Hit.
3. Hormati ibu bapa kita.
4. Hargai flora dan fauna.
5. Janji mesti dipenuhi. Itu adalah maksud janji. Gua dah langsai janji dengan lu Akim.
6. Hisaplah rokok diusia muda, pancit awal..gua tak boleh tolong.
7. Gua tak mahu menang Akim. Saja bagi up kontes deme.

SukaNeka:
Gua malas nak tag orang. Sebab ini entri kucar-kacirkan kontes. Keh Keh Keh.

Klik sini nak join. Pukul 11.59 malam ni tutup. Cepat.



22 ulasan:

Encik Tikus berkata...

banyak betul pengajaran.. bagus bagus~

Mohd Nor Quiyyum berkata...

kira mak bidan da usha konak ko la hiro? keh4

dak eina berkata...

xsempat nk join :P *malas sebenarnya :P

Lulu caldina berkata...

selamba jer eh...huh

M a W a D D a H berkata...

intro memang best...:)

dyba gula-gula berkata...

keh keh keh.....

grubby person (^_^) berkata...

1. hiro x habes merepek x suda..9abaikan susunan kata-kata pujanga)
2.hiro seorg yang berterus terang !haha
3. ader pulak arnab bernang??

musykil gua ^^

~fais~ berkata...

haahahahahaha. kelakar r ko..
tp an....sekarang da terbukti la..kn..
kecik2 ag da kena romen ngan nyamuk....ngan nurse ag...

kesian bibi ko..nt.

nub berkata...

ada senget2 jugak pengalaman ang naa..haha

Nurulbadiah Lai berkata...

rasa mcm tengah dengar ceramah agama lak hehe

JIJI YU berkata...

ahaha..cite macam cite kawan aku je ni..ehhe

Fatin Athirah Amani berkata...

hahaha. bengong kepala otak nak catch theme entry ni sebenarnya.

adrinaqamarina berkata...

kira macam hiro penutup kontest laa ne

niesz berkata...

kalau boleh xnk ingt langsung psl kenangn pahit..sob3..

ANATI SOKI berkata...

ok hiro. gua lost entry kalini .. wakakakka

vampire's lovex berkata...

sastera abessssssssssss

little ain berkata...

pengajaran nombor 6. org kutey deghah hiro ni ;p

Dearie Pearls berkata...

haha..
mula2 tertanya apa lak kisah kali ini. sekali pengalaman pahit yg tk cukup pahit. heeee..

bagus2...

hiro berkata...

ain--haha..sakit oh..haa.


pearls--hik2..tak ade apa2 pun.

MATAHARI berkata...

tiada apa2 yang pahit. kalau pahit itu pemanis utama.haha.

NOOR FATIN berkata...

lagi 50 minit. xsmpat nak fikir. hehehe

ciK fLower meLawEr berkata...

kebabian betol biler ayh ko halau babi at sawah...hahahhahah