Janjji Cinta


Abang bangun lambat hari ni. Dalam pukul 8 pagi. Huhu.

Abang tak berapa sihat. Tak biasa suhu Malaysia. Hehe.

Abang rasa nak puasa esok. Jom puasa sama? ;)

Abang nak pergi bandar. Beli mouse baru. Mouse dah rosak :(


Amyra Shamila garu kepala sambil membaca mesej tersebut. Sejak dua hari lalu, mesej dari nombor tak dikenali masuk dalam kotak mesejnya. Pada mulanya Myra langsung tak endahkan. Mungkin silap nombor. Tapi dah dua hari. Rasa macam puaka juga.

Abang dah balik Malaysia.

Mesej tersebut adalah mesej pertama dari nombor tak dikenalinya. Memang tak senang duduk Myra. Risau ada orang mahu berniat jahat padanya.

Hari ini sudah tiga hari mesej daripada orang tak dikenalinya. Myra tulis dekat kenalan telefon bimbitnya dengan nama OG. Singkatan untuk Orang Gila.

Myra sangka orang tak dikenali ialah Razif. Lelaki selalu kacaunya. Syok sendiri. Cinta sejati katanya pada Myra. Sebab Razif ada pergi ke China ikut rombongan kolej.

***

Hari ini hari Isnin. Mula kuliah. Myra nekad. Dalam kuliah nanti, dia mahu telefon nombor tak kenali itu. Mahu buktikan itu adalah Razif.

Tuutt... tuutt.. Myra berdebar menunggu jawapan.

Razif tenang. Bunyi nada dering pun tak kedengaran. Ternyata bukan Razif.

***

Malamnya. Myra mahu mesej dengan orang yang tak dikenalinya. Mahu juga dia tahu gerangan yang selalu kacau harinya.

Haaii. Awak siapa?

Saya Abang Awak. Sepantas kilat orang sana balas.

Terus Myra telefon nombor itu. Tak diangkatnya.

Myra hantar mesej balik.

Eleh. Penakut.

Abang tak sedia lagi. Risau awak tak dapat terima Abang. Awak masih single?

Sudah. Ini lebih menjurus soal hati ni. Memang Myra masih tak berpunya lagi. Tapi dia mahu menduga orang tersebut.

Ye. Dah tunang pun. Hehe. Btw, awak lelaki ke perempuan?

Lelaki.

Awak kenal saya? Saya tak kenal awak pun.

Awak kenal saya. Balas jejaka tersebut.

Terus Myra berfikir siapa gerangan jejaka itu. Fikir punya fikir. Dia tertidur.



Bersambung la pulak...esok ye?


37 ulasan:

AAINA berkata...

aaaaaaaaaaaaa
sambung lagi....!! =.=''

zAty si gAdis riAng !! berkata...

alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
cepatlah esok!!

-iEkA DaRLink- berkata...

cis. menyampah tau men sambung sambung nih.

princeduyong berkata...

hahaha...best best...kasi saspen...

MATAHARI berkata...

cis.

potong stim.

Lydia Miza(Aidyl Azim) berkata...

baru nak syok..sambung la pulak..huhu

m i s s.p u j a berkata...

kenape perlu sambung-sambung ? haih -,-'

Wahida Nasution Thakhrim berkata...

alaaaa.... tengah excited bersambung la pulak..

NAJ HEBAT berkata...

taik.

emma emon berkata...

alaaa...cepat la sambung..baru je nak syok2..haha..

syafiqah ezam shah berkata...

takyah main sambung2 boleh tak??
huehuehue....

Wong sikampuh berkata...

Singgah kejap di sini.
Nice post

hamzah ian berkata...

bodo tol buleh tido.. ahhaha

Cikbelog berkata...

tak sabar nak tau sambungan.cepat sambung..cepaaatttttttttt

twinkle twinkle berkata...

ahha adoi

Dyna Yvonne berkata...

adeh.suda potong daa.
haha.cepat hiro da hero.smbung lg.

mimie berkata...

hiro lu suke bikin wa suspen kan?
cpt smbung cerite nih!

:)

Cik Jari berkata...

harap2 sempat baca esok

Nurulbadiah Lai berkata...

menciknye..asyik smbung2 je

zarifahmr berkata...

abam hiro kalo skip scene tido tu buleh x?

Tipah berkata...

aaah kau...sudah la...aku pun nak sambung tido

chittysarah berkata...

dan dan nak tido plak
adei=.='

aren berkata...

caitt..lu mmg suka buat gua tunggu!

atiqa aris berkata...

saspen jee.

♥CIK SHA♥ berkata...

sila sambung segera encik hiro..

Atiqah Abidin berkata...

waiting, sigh. :)

ika berkata...

wokey .

dira aziz berkata...

adehhhhhhhhhh bersambung la plak

Puteri Iqa Izyan berkata...

habeskanlah hiro....
ish..

syok aku bace neh.

Myra Arshad (: berkata...

dup dap dup dap. myra menunggu hari esok dengan sabar nyeee :)

mintak la cerita ni best. MYRA <3

NieyaVanilla berkata...

alah,,bersambung la plak..adui...baru je saspen bace..huhuhuh

cik tipikal berkata...

hiro, sila sambung cepat.

Si DauN CeRi berkata...

ahaaaa...kene tggu agi. adeyh.

Aweyn berkata...

awak berbakat jadi penulis cerpen......tp buat pembaca agak kecewa setiap kali 'sambung' cehh

mia berkata...

cait..hehe..xpe3..sy tgu esok en hiroo..kompomm!!

Zul UnicBoyz berkata...

sempoi gila ayat tertidor tu...
keh3....

syeRAWRR bieber berkata...

ala!!!!!!