Sangkar Cinta (Bahagian Akhir)


"Huhh!!! Terkejut aku. Kenapa kau tenung aku begitu?" gelabah Zulaika.

"Aku dah 10 minit duk depan kau ni ha. Tunggu kau habis mengelamun. Dah habis?" seloroh Suraya.

"Hehe. Dah. Kau masak apa weih?"

"Ada la... special untuk teman baik aku ni. Jom." ajak Suraya ramah.


Mereka berdua berlalu ke meja makan.

***

"Hey... kenapa ni. Suram saja?" tanya Zahiril.

"Tak ada apa-apa. Kita order makan yep?"

"Ok. Benci sangat awak kat saya ye. Pandang muka saya menyampah dah kan, rasa muka saya kacak lagi ne. hehehe.," Zahiril cuba buat Zulaika ketawa.

"Uhuk... uhukk," Zahiril batuk kecil.

"Tak de la. Penat drive tadi" Zulaika beri alasan.

"Oh. Ok-ok. Bila awak akan berkahwin?" tanya Zahiril.

"Errr. Awak tahu saya bertunang?"

"Haha. Saya tak ada dengan awak, tak semestinya saya tahu kan. Bila?"

"Lagi dua bulan"

"Oh. Bagus lah..."


Lebih kurang sejam berbual panjang. Mereka pun beredar dari Restoren Selera. Tempat biasa mereka jumpa sewaktu bersama dahulu.

Malamnya, Zulaika tak senang duduk. Entah kenapa fikirannya diganggu kata-kata Zahiril petang tadi. Resah. Bersalah. Menyesal. Semua ada.

"Tak kesah la siapa awak pilih. Janjji dia mampu bahagiakan awak. Jaga awak dengan baik. Dengar masalah awak. Hantar awak pergi kerja, suap awak makanan di kala awak sakit. Selimutkan awak malam-malam. Ketuk dahi awak kalau awak malas-malas solat. Sepak montot awak kalau liat bangun Subuh. Hehe. Lagi apa ye. Teman awak tengok Chelsea main, belikan awak piza, aiskrim, coklat, strawberi dan slurpee. Dia tu kena masukkan baju kotor dalam mesin basuh. Tak boleh tinggal sampah dalam kereta kan?"

Panjang Zahiril bicara. Mungkin kali terakhir.

"Saya tak berharap awak kembali kepada saya. Sebab awak dah jadi tunang orang. Tapi saya nak awak tahu. Saya dah berubah. Dan saya akan balik kampung. Mungkin ini last kita jumpa. Selamat menempuh alam perkahwinan. Dah jadi isteri orang, jangan nakal-nakal. Nah hadiah perkahwinan daripada saya"

Zahiril masih ingat kegemaran Zulaika. Semua pantang Zulaika. Langsung dia tak lupa.

Jiwanya melayang ke sana ke mari. Zahiril. Zahiril. Zahiril saja dalam hatinya. Dia tak mungkin kembali kepada jejaka itu kerna telah mengkhinati cinta mereka. Dia ada nampak Zahiril dengan perempuan lain dekat hospital. Zulaika tak beri Zahiril peluang untuk menjelaskan. Tambahan pula Zahiril terus setuju untuk putuskan hubungan mereka.

Perkenalan dia dengan Halim membawa sinar kembali. Suraya memperkenalkan Halim. Lalu mereka rapat berkawan sehingga Halim jatuh hati.

"Halim," Halim memperkenalkan diri.

"Zulaika. Awak boleh panggil saya Ika," jelas Zulaika.

"Err. Panggil dia Zulek," sampuk Suraya.

"Suraya!" jerkah Zulaika kecil.

"Tak apa. Panggil saja dia Zulek," ujar Suraya.

Suraya sengaja suruh Halim panggil Zulaika dengan panggilan Zulek. Supaya sisa cinta pada Zahiril dihapuskan. Supaya tiada lagi istimewa Zahiril di dalam hati Zulaika.

Pukul empat pagi baru Zulaika dapat lelapkan matanya. Emosi dia begitu kacau.

***

Pagi itu dia terserempak dengan Azman, kawan baik Zahiril.

"Azman kan?" tegur Zulaika.

"Err. Zulaika? Ika?" balas Azman sopan.

"Ye... ye... ye. Saya lah ni. Zahiril mana?"

"Dia balik kampung. Habiskan sisa hidup dia bersama keluarganya"

"Apa awak kata? Dia akan..."

"Ya Ika. Zahiril akan mati. Dia ada penyakit batuk kering. Dah tenat. Tunggu ajal saja. Doktor tak dapat buat apa-apa" ujar Azman.

"Kenapa dia tak beritahu saya?" fikir Zulaika.

"Dia mahu awak bahagia Ika. Dia cukup gembira apabila dengar berita awak sudah bertunang. Barulah dia boleh pergi dengan aman. Dia telah sangkarkan cinta kamu berdua dalam hatinya. Tiada perempuan lain dihati melainkan Zulaika Zainor. Sehingga kini dia cintakan awak. Bukan untuk seketika. Tapi untuk selamanya" terang Azman.

"Awak tahu rumahya?" Zulaika gusar.

"Tak. Kalau saya tahu pun saya tak akan beritahu awak. Dia tak izinkan. Dia nak awak bahagia bukan. Tapi saya beritahu awak sebenar sebab saya tak mahu rasa bersalah," Azman jelas perkara sebenarnya.

"Zahiril!!!!!" jerit Zulaika.

Terus Zulaika memandu keretanya. Dia tahu dia tunang orang. Dia akan kahwin dengan Halim. Tapi buat masa ini, dia akan jaga Zahiril. Dia akan jaga Zahiril seperti Zahiril menjaganya dahulu.

Keretanya menghala ke Kedah. Walaupun dia tak tahu rumahnya. Tapi dia masih ingat alamat rumah Zahiril. Dalam Alor Setar.

"Awak... awak pelangi saya..." terbisik hati kecil Zulaika.

Kereta Zulaika memecut laju.


TAMAT.



32 ulasan:

Cik Hasnah berkata...

Wah~ ada jugak pelangi..
Ending yang menyedihkan~**sigh

Dyna Yvonne berkata...

uhuh..terkesan.menitis air mata aku.
~.~

hiro berkata...

dah takdir..

aren berkata...

wei..cte tak habis.aku tak puas ati ending dia!!

hiro berkata...

berdoa lah..semoga kau tahu ending dia cmne..haha

Myra Arshad (: berkata...

ending dia tak best la wak. macam tergantung ja. entah mati ke tidak, entah zulek jadi kawen ke tak. hehehehe :P

hamzah ian berkata...

lalalala..

hiro berkata...

mira--jadi lah kawen ngn halim tu. pengarang mahu pembaca fikir ending dia..kah2.

Anisa Hang Tuah berkata...

alaaa..awak buat part lain pulak.pelis

:)

*kenyit kenyit*

NAJ HEBAT berkata...

awak pelangi saya?


heh?


tu je?


cis. lu buat gua keciwa..

Ain Zulaikha berkata...

T___T kesiannye Zahiril.. sebak di dada.. ohohohohohhh

syafiqah ezam shah berkata...

jiwang jiwang!

pikapie berkata...

wahhh? jiwang gak kau.hakhak

-iEkA DaRLink- berkata...

laa aku ingat zahiril tu org jahat..

mia berkata...

huwaaaaaaaaa....best gilee en hiro..eheh..mmg terbaek la..

tp kesian halim, dia xsalah ape3 pon..huhu...

zarifahmr berkata...

uhukhuk terasa sebak dada ini..lagi2 tatkala terbaca 'team kegemaran' ai dalam entri ni..uhukhuk nak tisuuuu~~ ;p

terel jugak ea yu karang cerita? weewit~ hihi

Cik Hasnah berkata...

bila baca balik macam cerita tuah bakheet punya cerita la~

cik zell berkata...

agk tacing r bce ni even ending x bpe solid...hue..hue..

awesome!!pnd wat cite!!(^__^)

AAINA berkata...

:')

ika berkata...

ha , aku ika . bagi aku la , x adil bg si Halim tu . die x tau ape2 . Zahiril pun satu , dah ade penyakit x nak bgtau . padan muke kene tinggal . si zulek tu plak , sape suruh x bg peluang untuk penjelasan . kan da menyesal . haha . :D

Ryo-chan Inchiban Kakkoi desu berkata...

eh?
ending?

Lis Amir berkata...

lagi? xkan tergantung macam ni jer. x puas hati btol. huhu

sastraboy berkata...

"gua rijek ending ni!"


-zahiril

Anis izyan Abd Rahman berkata...

kenape pelangi tuh kene mati pulak!!!
aaaaaiyaaa
haaa
sob4x...
tak mau aaa ade pelangi mcm nie..
isk

MATAHARI berkata...

hiro...

kau berjaya menyentap hati aku dow.

cis. sweet dow.


oh tidak. aku puji kau.

(jangan baca ayat dalam perasaan gay)

!eNa PnG berkata...

alamak..



baru baca ending dah sedey..:(

kembatolo™ berkata...

suruh zulek pegi umah aku la hiro.. haha

Bella ♥ berkata...

leleh gua baca...:'(

cik k♥dah berkata...

waaaa sedehhhh!!!='(

tp xpe..bg adah stll best sbb last dpt same gak..hehe..

♥ Juliana Violet ♥ berkata...

Hiro,
Kenapakah anda suka mengarang cerita yang sedih?
Hati ai ni sensitip tau...
(T_T)

Si DauN CeRi berkata...

aaaaa...ending xjelas.. plot dah awesome dah. he..he..

.sweet-ants. berkata...

terharu....tp nape 2 part saje?