Sangkar Cinta (Bahagian 1)


Saya bertuah sebab kita akan berkawen Zulek.

Halim menghantar mesej pada Zulaika Zainor. Ada jiwa kesyukuran di situ. Bertuah sangat Halim. Memang lama dia menanti saat Zulaika bersetuju berkawen dengannya.

Zulaika memandang mesej itu dalam-dalam. Hansetnya dipegang erat-erat. Kepalanya ligat fikir akan keputusannya seminggu yang lalu.

"Awak, bila nak masuk meminang saya?" tanya Zulaika berterus terang.

"Betul ni?" Halim menduga.

"Iya lah dong"

"Ok. Ok. Halim. Tenang. Fuhhh. Tarik nafas dalam-dalam. Hari Ahad nanti okay?"

Zulaika tersenyum ikhlas.


Memori seminggu lalu di sebuah kafe memang tak dapat dilupakannya.

Tapi minggu ini jiwanya kembali meracau. Kepalanya serabut. Anggota badannya hilang fungsi.

Zulek... saya mahu jumpa awak. Please. Kali terakhir.

Mesej daripada Zahiril. Bekas teman lelakinya. Sudah lama Zahiril tidak bertanya khabar. Entah mengapa di saat dia mencapai kebahagiaan dengan Halim, Zahiril muncul kembali.

***

"Kau nak jumpa juga Zahiril tu?" tanya Suraya.

"Mungkin"

"Kau jangan doe. Dia macam nak rampas kebahagiaan kau. Kau dah ada Halim bukan. Dah jadi tunang orang pun"

"Ye. Aku tahu. Tapi keluar makan je. Tak kan tak boleh? Just kawan dengan kawan.
Lagipun aku sudah lupakan dia..."

Zulaika tersentap. Memori dengan Zahiril kembali berlegar dalam benaknya.


"Awak... awak percaya tak pelangi akan muncul kalau kita panggilnya?" tanya Zahiril.

"Hehe. Awak ni. Pelangi kan anugerah selepas hujan. Kesan pembiasan cahaya"

Zulaika memang pelajar pintar.

"Awak ni. Potong stim je. Saya nak beritahu, yang saya mahu jadi pelangi awak. Kalau awak kesepian, kesunyian awak telefon saja saya ye?" terang Zahiril.

Zulaika senyum panjang. Sehingga matanya turut tersenyum.


"Hoooiii... mengelamun nampak" jerkah Suraya.

"Hehe. Tak ada lah," balas Zulaika.

Zahiril hilang dek jerkahan Suraya.

"Aku pergi panaskan lauk kejap. Kau tunggu ye. Nanti kita makan sama-sama"

"Ok," jawab Zulaika ringkas.

Zahiril. Lelaki pertama mencintainya.
Zahiri. Lelaki pertama sanggup naik bas dari Kedah ke Johor untuk berjumpa dengannya.
Zahiril. Lelaki pertama yang menangis dengannya.

Banyak kenangan dengan Zahiril. Dua tahun bukan sekejap. Dia memang tak boleh lupa akan lelaki itu!!!


"Semua kawan awak panggil awak Ika kan?" bicara Zahiril.

"Ye. Napa?" balas Zulaika.

"Ok. Kalau begitu, saya nak panggil awak Zulek"

"Zulek? Peliknya"

"Hehe. Lain dari lain. Saya kan istimewa Saya nak saya sorang saja panggil awak Zulek. Jangan bagi orang lain. Taw?"

"Tak biasa la..." jawab Zulaika masih ragu-ragu.

"Kena biasakan la Puan Zulekkkkk," Sambil Zahiril menarik pipi Zulaika yang mulus.


Bersambung lagi...


Macam biasa. Esok sambungan dan akhir. Hue Hue Hue. Panjang-panjang korang tak baca. Haha.


43 ulasan:

syafiqah ezam shah berkata...

menarik!
pelik betul nama zulek..tah mana ko rembat nama zulek ni..hehe

cik tipikal berkata...

lemah betul nak tunggu sambungan ni. nuat tak lena tidur. :)

Encik Tikus berkata...

pehhh, outstanding... gua tunggu next episode derr

hiro berkata...

panjang sgt laa..nnt serabut..hehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) berkata...

zulek...aduh..apakah nama pelik bg lydia miza?hahah..

kembatolo™ berkata...

zulek cun tak? gua memilih la hiro.. haha

hiro berkata...

kemba--boleh la tahan.. dada agak mantap. itu penting.

cik k♥dah berkata...

hahaha..suke wat suspen..

zulek eh nme?first time dgr neh..hehe..smbung cpt2 ye?=)

echah mashuri berkata...

perghh...tak sabar nk menunggu seterusnya.:)

echah mashuri berkata...

perghh...tak sabar nk menunggu seterusnya.:)

jambz- berkata...

lu ni banyak sangat cerita yang bersambung.

zarifahmr berkata...

zulaikha jadi zulek
zarifah jadi apa?? zarep? hahha

F.a.S.h.E.e.H.a berkata...

Hahahaha. Okay nak tggu sambungan :)

twinkle'lilis berkata...

kauu nie potong stimm lah.kihkihkih.
baruu nak feeling bace dah besambung.xpe,gua tungguuu next episode.;')

Nurulbadiah Lai berkata...

next episode..cepat!

akema yazid berkata...

brader, aku kurang paham la cter ni brader..
aku salu baca entri ko sekali lalu je, aku dah paham dah..
tapi entri ni aku baca sekali je, tak paham..;p

Sca Ndx berkata...

puan zulekk? hehe

Bella ♥ berkata...

potong stim ah! ade smbungan smbungan lak! ni nak boikot ni! grrr~


citer menarik! ^^,

AAINA berkata...

hapdate pagi2 esok hiro! hehe

dyba gula-gula berkata...

hahaha... nk update msj ak ek...;p

MATAHARI berkata...

ada bahasa bunga2. ok. tapi mungkin sebab aku kurang layan citer mcm ni. me speak no bunga2.

ada unsur ehem2 tak. tang tibe2 aku menyambung part 2 thn tu mcm2 adegan.

Aweyn berkata...

lelaki ptama yg menangis dengannya? sy mahu lelaki itu. ZAHIRIL :D

Anis izyan Abd Rahman berkata...

wwwowww
hiro buat cerite jiwangssss niee
huhu

hamzah ian berkata...

zulek.. mcm haram je.. kah kah kah

TunTeja berkata...

sambung cepat2 :)

Cik Hasnah berkata...

PELANGI!!!
Zahiril tipu... tak muncul pun~

mia berkata...

hehehe..seyes ini menarik..tgu esok last ep..yeah..

eqacashperlala berkata...

sabar je aku dengan kauu ni
aku tunggu next entry

niesz berkata...

waiting for the last episode..cant wait!

za petrelli berkata...

best ah weyh.. ak wat ending cter ni erk..

zulaikha kawen ngan zahiril, halim kawen ngan halimah yg comolot kat klcc

name zulaika ingat kan ak pade zulie maktab ak. keh3

hiro berkata...

korang buat la ending dia leh..rasa malas nak sambung..haha

wannurfazrini berkata...

boleh buat sinetron ni !

pikapie berkata...

macho betul nama zulek tuh.
cepat sambung.hehehee

Ain Zulaikha berkata...

hahahaha nama elok2 zulaika dia panggil zulek..

UnicBoyz berkata...

konpius dengan semua cerita2 lu....

bersambung...

Myra Arshad (: berkata...

lepas ni awak buat cerita nama myra pulak okay ? :p

.sweet-ants. berkata...

mana sambungannye? mana sangkar cintanya? hahaa.. geram x?

aren berkata...

zahiril luv zulek.. double zek!

athiea berkata...

hiro ni nak kena cepuk..
buat la smbungan cepat

ika berkata...

zulek ? elek !

Ain Zulaikha berkata...

aik tak de sambungan ke?

Rara Farah berkata...

ehehehe...ekceli mule2 malas bace...then pjuk ati suh bace ugak...

....bace......

sampai habes.....

tgu next chapter...cepat update....

NOOR FATIN berkata...

pelik btol nama zulek. haha