Tersebutlah kisah di sebuah tanah yang subur, ada satu negara bernama Siang Bermalam. Negara ini penuh aman dan damai. Pemerintah yang adil serta rakyat yang bersatu.
Haiwan dekat negara itu pun boleh berkomunikasi dengan rakyat jelata. Sang pokok menolong sang rusa, sang keldai membantu sang semut mahupun sang unta main cuit-cuit dengan sang monyet.
Musim kemarau di Siang Bermalam tak perlu risau. Rakyat bersatu melayari hari mendatang. Sang kambing pula rajin menyiram pokok cili. Sang lembu mengangkat baldi untuk memandikan pokok terung. Haiwan pada zaman itu boleh berdiri dan pegang baldi macam manusia. Lagi satu, baldi pun dah ada.
Mahupun begitu, Sang Raja punya masalah sendiri. Sudah seminggu puterinya mengidap penyakit aneh. Gigi siung Sang Puteri mula mengganas. Mahu mengigit apa di depan matanya. Akhirnya, Sang Raja terpaksa mengurung Sang Puteri di kamar kurungan bernombor 1805 dalam tulisan Arkobik. Bahasa perantaraan negara Siang Bermalam.
Dengan berita dukacita Sang Raja tersebar, ada pemuda yang ayahanda tukang dukun. Tahu untuk mengubat Sang Puteri. Hanya Epal Hitam dapat ubati penyakit Sang Puteri.
Maka, Pemuda itu terus keluar masuk hutan. Mendaki gunung ganang dan merentas sungai menyeberangi lautan. Akhirnya Pemuda itu jumpa epal hikmat itu.
Selepas disembahkan pada Sang Raja, penyakit Sang Puteri kian sembuh. Sang Puteri jatuh cinta dengan pemuda itu. Lalu mereka kahwin.
***
"Maaf ya lambat. Ada panggilan kecemasan tadi" bicara Doktor Gigi Sofia.
Teguran Doktor Sofia menghapus lamunan Puteri Aisyah.
"Yeye," Puteri Aisyah pandang resah alatan untuk cabut gigi.
"Gigi taring awak ni berlubang"
"Oh. Sakit bila nak mengigit"
"Kita cabut ya?" ujar doktor wanita itu.
Kalaulah ada epal hitam. Tak payah cabut gigi. Air mata Puteri Aisyah mula berlinangan tahan jarum berisi bius.
40 ulasan:
bergelingan = bergenang + berlinangan
come sungguh cerpen mu kali ini... aku suko deh!
kahkahakahkah.
:)--tengs ya..baik bangat..huu.
atin--keh2..bagus tu..mendalam.
art--kawe lapar. haha
hikayat gigi berlubang
:D
ohho. nice one. comey dooh nih. hee
ksean gg tu..hoho
hihi gigi taring gua berlubang juga...tapi gua kene makan cili itam baru baik...hi2
hehe terbaik cerpen leh baca kat "bakal anak" nnty :p
oooo..heheh
hahaha..da x bersiung la jwb nyer..ekeke..
gigi taring gua masih ok
dah boleh buat teater musikal dah cite kau ni
hehehe :p
epal hitam. macam symbolizes devil spirit.
hahaha :)
anak sedara raja siong
2 3 hari dok bace entry lu..wa dok pk lu da ader anak ke bro..
gigi taring ada base ke smpai boley blubang...?? ggi garham ye arr hahaha
peh!
cabut gigi pun takut
hahha! dasat..gigi taring berlubang ea..nak cari la epal hitam tu..hehee
mesti puteri tue gigit orang kencing manis x gusok gigi.... sbb tue gigi rusak... hahhaha
erm , ade gigi palsu x ?
pengtipu lara~ :p
adeh!
binatang pegang baldi!!
gileeerrrrrr!!!!!!!!
mantoppp derr
adakah puteri aisyah itu hiro? jengjengjeng.. wakakakak
sedak molep abe kito kare crito..
lagi..lagi...? ambo nok baco lagi..
igt kan kisah vampire tadi
bile hiro berhikayat. best!!
cabutlah gigimu sebelum darah dan nanah memenuhi ruang kosong di gusi...erk..
moral of d stori.
gunalah kayu sugi utk mengekalkan kesehatan gigi.hehe.
gigi taring berlubang??? kah kah kah..selalu gigi geraham yg berlubang :))
hahahha...gigi gigi ni aku sensitif sikit.
hahaha... hampes punye doc.
hahahahhahahah.. ngek lah ko
huahaha
sakit gigi..wu
keh2..goreng sje..kantoi pula gigi taring xleh berlubang ea? haha
puteri aisyah?
aisyah nabilah kew?
hauhuahua
Catat Ulasan