"Abang baru balik kerja? Lambat betul" sapa Afiqah Najwa menyambut kepulangan suaminya.
"Oh. Pukul 4 petang ada meeting. Pukul 5.30 baru habis" balas suaminya ramah.
"Oh. Kesian Abang penat. Jom minum petang, Sayang ada goreng karipap"
"Hehe. Terima Kasih Sayang. Jom berlumba sapa sampai dulu ke dapur?" ajak suaminya.
"Eiiii... Abang. Tunggu Sayang!!!"
Afiqah Najwa. Bekerjaya sebagai kerani di sebuah syarikat di ibu kota. Dia sangat cinta akan suaminya. Cinta dia pada suaminya memang tak dapat disangkal lagi.
"Abang..."
"Ye Sayang"
"Ni Abang kan conteng?"
"Apa tuu..."
"Nih"
Perkataan 'Afiqah Bucuk!' terconteng di kertas kerja Afiqah.
"Abang tahu tak ini Sayang kena hantar ni kat bos esok?"
"Alahhh. Print la lain"
"Malas. Abang buat. Abang la kena print balik"
"Wekkk"
"Eiii. Nak kena cubit"
"Marilah. Abang rela nyah!"
"Eiiiiii!!!"
Ahmad Rohaimi juga suka menyakat isterinya. Dalam sehari. Mesti ada. Kepalanya memang tak betul mungkin. Paling tidak pun. Telefon isterinya guna telefon pejabat menyamar jadi pegawai bank. Kata Afiqah Najwa tak bayar lagi ansuran kereta.
"Abang.. Abang tak basuh pinggan lagi. Kenapa dah letak dekat rak?"
"Di jalan sendiri la Sayang.."
"Abang jangan macam-macam. Sayang tengah bad mood ni"
"Eleehhh. Bad mood konon. Malam nanti jangan tidur peluk abang"
"Alaaa. Tak mahu laaa. Abang. Okay. Bos marah Sayang tadi. Lambat hantar dokumen. Padahal Sayang dah letak atas meja dia"
"Abang suh duk rumah degil. Hehe. Meh dekat Abang"
"Pinggan tu sapa nak basuh?"
"Nanti la. Ni cerita ni. Best taw Sayang"
"Cerita apa?"
"Tengok la"
Ahmad Rohaimi pandai melayan isterinya yang manja-manja. Gaduh biasa-biasa tu kerap juga. Tapi mereka pandai menjaga hati masing-masing. Mereka memang mencintai satu sama lain. Mereka sandarkan cinta sejati. Bukan paras rupa. Itu sebab mereka masih kekal bahagia walaupun sudah dua tahun berkahwin.
***
"Afiqah.. doktor cakap dengan aku. Kau dah lama tak pergi hospital. Kenapa?" tanya Suraya.
"Hehe. Tak ada apa. Aku sibuk sikit. Minggu depan aku pergi ye" balas Afiqah.
Suraya merupakan kawan karib Afiqah sejak sekolah menengah lagi. Dia mula ragui dengan sikap Afiqah yang pelik sejak kebelakangan ini.
"Aku okay la Su. Jangan risau okay?"
"Yelah. Yelah"
Bersambung...esok ye? Keh Keh Keh.
54 ulasan:
sweetnye....laki aku nnt mintak2 cmtu jgk!!heehhe
afiqah najwa..
nama nak canggih je kan. hahha
jgn kate die saket alzheimer mcm dalam cite a moment to remember sudoh.
huhuhu
sambung cepat !
sambung pulak.....
cam comellll..=)
pinggang ke pinggan nyah?
aku imagine cane nak basuh pinggang. tapi ta boleh. haha
mg sedak la hiro. ngoya sekor aku. hahaha
kemah demo nulis.
tertunggu -tunggu kawe.
debar-debar..
bersambung pulak dah..
gua dah start kelas.
aiyoyoyo.
cis..typo..tq kemba.
ala...........bsambung la plak..
afiqah najwa.
bestnya namaa.
maksudnya..bisikan rahsia
lorrr...baru nak tau cerita habis . btw alangkah indahnya dapat laki macam tu
haaaa
kau ni saje kasi aku tertunggu-tunggu
suweetnya. ala-ala cerita kolea
patut lah ramai gadis jd pollower lu. keh keh
hiro,kau sweet camtu tak?
haha , syg sy pun selalu conteng kertas sy tulis nadia busuk , sabo je la
mcm slot akasia la pulok..
nak suami macam tue... wee..... sweet la... >.<
tapi cam something wrong nak jadi je... >.<
sweet giler cite nie..wa..mau husband cam tu gak..x sbr nk wait cite nie..cpt2..hehe..
debar2
cepat sambung! (muka garang)
weh membe gua name AFIQAH NAJIHAH dekat2 tuuu
perh!!!.. nape aq geli plak bace ayat manje camtuh ...
tamau sad ending tauwww!!!! tak aci bini mati. tak aci laki mati dulu kena langgar lori. SEMUA ending versi drama melayu tak aci!!!! he he....
sweet sweet! Cepat cepat masuk minang i nyahhh. haha
hehe..sabar2..tgh malam nanti ke.
hehe..sabar2..tgh malam nanti ke.
Mereka sandarkan cinta sejati. Bukan paras rupa. Itu sebab mereka masih kekal bahagia..
INGAT TU.
cepat2 sambung haha
dem yu
ayseyh.... bersmabung plk~
aish . smbung cepat .
Nak conteng kat 'comment box' Hiro.
Hiro buchuk!
=p'
beraso nok bini jugok doh ni..
Naj memang bucuk...
opss...
najwa..najwa.. salah nama fulak doh..
cess..potong je.haihh
nak kena hiro ni. sambung la smpi abis..grr
jeles aiii taw
weewitt suwitt gilerr:D
so sweet! continue cepat2 tau. nak tau what's next?
bagi cerite ica laaaa~~~~ isk
tak sabar tunggu esok
setengah jam lagi esok. sabar saya menunggu
manja nyaaaaa abg , abg hiro mcm tu gak ke ? sy mahu la. hahaha
romantik naaa ;))
geli syOtt haha
saspen je tunggu sambungan. huhu
sambung jgn tak sambung.
lagi?
aku tgu esok pulak.
sambung cepat..aku tak sabar ni..hehe..
nanti2 kan..ape kata ko bukukan je semua cerpen2 ko ni..best la weh...imaginasi ko terbaik!!
alaaa,,ade smbungan plak,,,,
ala..apesal sambung..baru nka feel :p
bila lah nak kwin ni.. hahahha
sweet!
Catat Ulasan